Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

70) PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah "benchmark" Hijrah dalam menilai kejayaan usahawan yang mendapat pinjaman?

    Kertas cadangan penyelidikan Keberkesanan Program Hijrah Selangor kepada Kerajaan Negeri telah disediakan dan akan dilaksanakan oleh pihak UNISEL / IDE. Melalui kajian ini, pihak Hijrah Selangor mencadangkan “benchmark” kejayaan usahawan mendapat pinjaman adalah seperti berikut :

    • Kemampuan menyelesaikan bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan

     

    • Pinjaman ulangan dengan nilai yang lebih besar

     

    • Peningkatan pendapatan perniagaan

     

    • Penambahan aset perniagaan / penambahan lain-lain aset

     

    • Perkembangan perniagaan (Penambahan bilangan cawangan perniagaan, francais dan perubahan saiz perniagaan daripada kecil ke besar seperti gerai kepada kedai / restoran)

     

    • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan atau usahawan kecil di bawah bimbingan usahawan sendiri

     

    • Perkembangan taraf pendidikan dan kesihatan keluarga

     

    • Pengembangan perniagaan melalui media sosial dan media elektronik (Website, Facebook, Instagram dan lain-lain)

Lampiran

Tiada Lampiran.