Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

69) STATUS PROJEK PENAIKTARAFAN KUNCI AIR NO. 51 KE PINTU AIR OTOMATIK DI JALAN PAPAN PANDAMARAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sama ada reka bentuk terakhir telah dikemukakan oleh perunding dan juruukur yang telah dilantik pada tahun 2016 dan kini diluluskan oleh JPS?

    Reka bentuk akhir telah siap dan dokumen tender telah dikemukakan oleh perunding. Dokumen tender berkenaan dalam semakan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Negeri

  2. Sila nyatakan butir-butir dan anggaran kos terkini projek tersebut.

    Skop kerja yang akan dilaksanakan adalah menaik taraf screwdown gate (saiz 6’ x 6’) kepada roller gate (saiz 12’ x 14’) dan kerja-kerja berkaitan dengan anggaran kos RM 3 juta dan beroperasi secara automatik berdasarkan paras

  3. Bila kerja akan dapat dimulakan di tapak?

    Kerja dijangka ditender pada bulan November

Lampiran

Tiada Lampiran.