Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
66) KERAJAAN TELAH MEMPERUNTUKAN SEBANYAK RM3.68 JUTA UNTUK IKATAN DESA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah pelatih keselamatan yang sudah diberikan latihan?
a) dan b)
Kerajaan Negeri memandang serius terhadap keselamatan penduduk di Negeri Selangor terutama penduduk yang tinggal di kawasan kampung. Sehubungan itu, pada tahun 2017 Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan Program Ikatan Desa di Kampung Tradisi dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3,680,000.00. Peruntukan ini meliputi pelaksanaan kursus dan latihan keselamatan, kecemasan dan memadam kebakaran, serta pemberian peralatan keselamatan kepada Pasukan Ikatan Desa yang dilantik. Untuk makluman, kursus Ikatan Desa telah bermula pada 22 September dan dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan November 2017. Setakat 24 Oktober 2017, seramai 910 orang telah menghadiri kursus dan jumlah ini akan bertambah sehingga tamat tarikh kursus.
-
Daripada 368 kampung, berapa jumlah yang benar-benar berjaya dan senaraikan