Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

59) SKIM SMART SEWA PERUMAHAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pencapaian dan penerimaan rakyat Selangor, hasil daripada Skim Smart Sewa yang diperkenalkan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, memandangkan skim Smart Sewa ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan millennials, pada tahun 2017 Kerajaan Negeri telah meningkatkan pembiayaan Skim Smart-Sewa kepada RM100 juta untuk membeli unit-unit rumah di lokasi strategik yang akan disewakan kepada mereka yang berkelayakan. Setakat ini sebanyak 861 unit rumah mampu milik telah pun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini. Berdasarkan rekod, akibat kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan Rumah Selangorku, dijangkakan seramai 4,967 pemohon yang berminat untuk menyewa di bawah Skim Smart

  2. Sila nyatakan golongan sasar dan jumlah unit yang telah ditawarkan kepada penerima yang layak?

    Untuk makluman Yang Berhormat, golongan sasaran bagi pelaksanaan Skim Smart Sewa ini adalah rakyat yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000 sebulan bagi Rumah Selangorku Jenis A atau rumah kos rendah. Manakala bagi Selangorku Jenis B, C dan D akan diberi keutamaan kepada rakyat yang berpendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan sehingga maksimum RM15,000

    Sehingga kini 220 unit rumah telah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM550.00 sebulan sehingga RM650.00 sebulan. Manakala sehingga hujung tahun ini sebanyak 111 unit lagi dijangka akan disiapkan dan sedia untuk disewakan manakala bakinya sebanyak 530 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2018 hingga 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.