Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

41) EARLY INTERVENTION PROGRAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan pecahan perbelanjaan RM3 juta yang diperuntukan untuk Early Intervention Program pada tahun 2017

    Kerajaan Negeri melalui Belanjawan 2017 telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi tujuan pelaksanaan Early Intervention Programme-EIP kepada agensi atau organisasi yang telah menjalankan perkhidmatan EIP khusus untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas. Senarai agensi yang telah menerima peruntukan EIP bagi tahun 2017 adalah seperti berikut :-

     

    BIL NAMA ORGANISASI / AGENSI JUMLAH
    1. Pusat     Asuhan    Kanak-kanak    Autisme Andra Uphill, Salak Tinggi, Sepang RM50,000.00
    2. Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus Sdn. Bhd., Kota Damansara RM100,000.00
     

    3.

    Inisiatif Sokongan Autisme Nouri Berhad

    (InSaNi), Taman Selayang Utama, Batu Caves

     

    RM100,000.00

    4. The National Autism Society of Malaysia, Teluk Pulai, Klang RM100,000.00
    5. The Olive Trees School (TOTS), Bukit Jelutong, Shah Alam RM100,000.00
    6. Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang Selangor, Kajang RM100,000.00

     

    BIL NAMA ORGANISASI / AGENSI JUMLAH
    7. Persatuan Kebajikan Anak-anak Istimewa Selangor (ORKIDS), Petaling Jaya RM100,000.00
    8. Kiwanis   Down    Syndrome    Foundation, Petaling Jaya RM100,000.00
    9. Tadika Nadi Intelek, Denai Alam, Shah Alam RM76,200.00
      JUMLAH RM826,200.00
  2. Apakah "measurable achievement" (kesan yang boleh diukur) yang telah dicapai dengan peruntukan ini?

    Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri melalui Belanjawan 2017 telah bersetuju untuk pelaksanaan Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme – EIP) dan telah meluluskan sejumlah RM3.0 juta bagi menampung pelaksanaan program tersebut. Program ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan dan perkhidmatan terapi yang diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas seperti fisioterapi, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy.

    Sehubungan itu Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk memberikan bantuan berbentuk dana kepada institusi yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini agar dapat meneruskan pelbagai bentuk pembelajaran kepada mereka seterusnya dapat memenuhi keperluan hidup bermasyarakat.

    Secara tidak langsung melalui pemberian bantuan ini institusi yang terlibat dapat menampung dan membuat penambahbaikan ke atas keperluan kanak- kanak istimewa ini dalam usaha memupuk dan membimbing mereka dalam bidang akademik, kehidupan seharian dan kemahiran sosialisasi, diri serta perkembangan emosi.

    Sebagai contoh, The Olive Trees School (tOts) di Bukit Jelutong Shah Alam telah menerima bantuan peruntukan ini untuk dimanfaatkan secara bersama kepada 30 orang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran seperti autism, dyslexia, dyscalculia, sensory intergration issues, lembam dan lain-lain. Penambahbaikan dilaksanakan seperti pembelian peralatan khas yang memerlukan kos yang tinggi bagi tujuan pembelajaran serta memperluaskan lagi keupayaan agensi ini untuk menerima lebih ramai pelajar di kalangan kanak-kanak istimewa.

    Selain itu, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (The National Autism Society Of Malaysia – NASOM) cawangan Teluk Pulai juga turut menerima bantuan peruntukan ini yang menyediakan perkhidmatan kepada golongan autisme dalam kemahiran pembelajaran, pengurusan diri, pendidikan awal,keberkesanan dan kemahiran berkomunikasi serta terapi untuk mengatasi kekurangan yang dialami.

    Pemberian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa yang berpendapatan rendah atau sederhana namun perlu menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan pembelajaran terapi yang diperlukan. Secara umumnya, kebanyakan institusi dalam sektor penyediaan perkhidmatan sebegini bergantung kepada sumbangan kewangan daripada ibu bapa atau agensi untuk menampung kos pendidikan dan perkhidmatan terapi, penambahbaikan, kos operasi, menaik taraf kemudahan dan lain-lain.

  3. Apakah polisi lain Kerajaan Negeri terhadap golongan keperluan istimewa selain diberikan peruntukan?

    Selain daripada pemberian bantuan peruntukan kepada institusi yang menjalankan Program Intervensi Awal Kanak-kanak, Kerajaan Negeri kini sedang dalam perancangan untuk merangka pemberian subsidi kepada anak- anak istimewa secara individu dalam mendapatkan perkhidmatan pembelajaran dan terapi khas mengikut keperluan masing-masing. Perancangan ini akan diteliti bagi memastikan ianya dapat dimanfaatkan oleh rakyat Selangor yang memerlukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.