Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

39) PERATUSAN PENGLIBATAN WANITA DALAM PERINGKAT PEMBUAT KEPUTUSAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor memastikan dasar minima 30% pembuat keputusan adalah wanita?

    a) dan b)

    Kerajaan Negeri Selangor mengambil serius syor dan deklarasi antarabangsa berkaitan hak-hak wanita yang dikemukakan oleh Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) dan Beijing Platform of Action. Deklarasi antarabangsa ini memberi penegasan dalam aspek diskriminasi terhadap wanita serta agenda untuk menanganinya agar keadilan dapat diberikan secara saksama terhadap wanita dalam kehidupan dari segi aksesibiliti dan peluang sama rata dalam bidang kesihatan, pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan proses pembuatan keputusan.

    Walaupun Negeri Selangor mendahului antara semua negeri dengan 25% perwakilan wanita di Dewan Undangan Negeri, namun usaha untuk meningkatkan peratusan ini adalah diperlukan. Kerajaan Negeri Selangor melalui Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan yang baru dilancarkan pada bulan Oktober 2017 yang lalu akan melaksanakan arahan dasar minima 30% wanita di peringkat pembuatan keputusan di peringkat Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anak-anak syarikat berkaitan kerajaan dalam tempoh setahun seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah dan sentiasa menerapkan advokasi dan kesedaran akan kepentingan sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan sejak 2008 lagi. Antara usaha yang telah dijalankan bagi tujuan ini adalah :-

    1. Konvensyen Kepimpinan   Wanita  tahun  2014   – Wanita Mandiri, Pembangunan Lestari;
    2. Konvensyen Kepimpinan    Wanita     tahun    2016     –     Sustainable Development Goals, No One Left Behind;
    • Program Kefahaman Gender;
    1. Pelancaran Kempen #HeForShe;
    2. Pelancaran HeForShe Club; dan
    3. Majlis Ramah Mesra YB Exco dengan Ketua-ketua Jabatan Wanita

     

    Kedudukan wanita dalam politik juga harus dipertingkatkan. Oleh itu, satu seminar berkaitan Gender Electoral Reform akan dilaksanakan pada penghujung November 2017 ini sebagai salah satu langkah dan usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan maklum balas serta resolusi yang konkrit bagi mempercepatkan peningkatan perwakilan wanita dalam Dewan Negeri Selangor.

  2. Bagaimana memastikan jabatan-jabatan dan PBT melaksanakan dasar ini?

Lampiran

Tiada Lampiran.