Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

34) MENAIKTARAF JAMBATAN DAN MELEBARKAN JALAN KE TAPAK PERKUBURAN CINA DI KG BAHAGIA BUKIT LAGONG, MUKIM BATU, DAERAH GOMBAK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan bersedia membina jambatan di tanah perkuburan cina di Kg. Bahagia Bukit Lagong, Mukim Batu, Daerah Gombak untuk kemudahan pengurusan pengebumian ?

    Jambatan yang dimaksudkan berada di bawah penyeliaan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Secara dasarnya, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Gombak tiada halangan untuk pembinaan jambatan tersebut dilaksanakan lanjutan daripada permohonan Pertubuhan Perkuburan Cina Kepong, Jinjang dan Kg. Batu pada Disember 2016 yang menyatakan hasrat

    untuk membina jambatan itu dengan menggunakan peruntukan sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.