Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

28) BANTUAN MEMBAIKI RUMAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sebagai kerajaan yang prihatin, apakah Kerajaan Negeri mempunyai tabung atau peruntukan untuk membiayai pemohon-pemohon yang ingin membaiki rumah yang buruk atau kerana bencana alam?

    Untuk makluman Yang Berhormat Semenyih, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin berperanan untuk membantu keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan bagi mendapatkan sebuah rumah yang selesa dan selamat untuk didiami. Bantuan ini termasuklah membina baru atau membaiki rumah pemohon yang mengalami kerosakan yang serius akibat bencana alam atau kebakaran namun tertakluk kepada syarat-syarat yang sedang berkuat kuasa sepertimana di

    Di bawah program ini, terdapat dua jenis bantuan iaitu bina baru sebuah rumah 3 bilik yang berkeluasan 660 kaki persegi dengan kos sebanyak RM50,000.00 bagi seunit rumah dan bantuan baik pulih rumah dengan kos tidak melebihi RM20,000.00 bergantung kepada kerosakan yang dialami.

    Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2017 dan juga menerima sumbangan daripada Anak – anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk menikmati rumah yang selesa dan selamat untuk didiami.

  2. Berapa banyakkah bantuan seumpama itu yang telah diberikan dan berapakah jumlah pemohon atau penerima sehingga kini?

    Senarai pemohon yang telah menerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2014 sehingga 2017 adalah seperti di LAMPIRAN

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2014 – 2017

     

    PETUNJUK JUMLAH
    BB – Bina Baru 106
    BP – Baikpulih 217
    Jumlah keseluruhan 323

Lampiran

Tiada Lampiran.