Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

24) ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah OKU yang terdapat di Selangor?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sehingga 15 Oktober 2017, terdapat seramai 69,216 Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan

    Pecahan statistik mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Bil Daerah Jumlah Pendaftaran
    1 Petaling 19,046
    2 Klang 12,341
    3 Hulu Langat 12,323
    4 Gombak 8,862
    5 Kuala Selangor 3,930
    6 Hulu Selangor 3,785
    7 Kuala Langat 3,668
    8 Sabak Bernam 2,945
    9 Sepang 2,316
    JUMLAH KESELURUHAN NEGERI SELANGOR 69,216

    Sumber : Bahagian Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

  2. Senaraikan keistimewaan yang diberikan kepada OKU oleh Kerajaan Negeri?

  3. Nyatakan jumlah peruntukan khusus bagi membantu OKU di Selangor?

    a) dan c)

     

    Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai keistimewaan dan program untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat di Selangor tanpa mengira bangsa, kaum dan fahaman politik. Walau bagaimanapun, golongan orang kurang upaya (OKU) tetap merupakan golongan yang istimewa untuk menerima pelbagai manfaat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor, sebanyak RM220,000.00 telah diperuntukkan bagi pelbagai program pemberdayaan dan pembangunan bagi golongan ini. Antaranya adalah Karnival Kerjaya dan Pemerkasaan Ekonomi OKU yang baru sahaja dilaksanakan pada 14 dan 15 Oktober 2017 yang lalu. Melalui program ini, Kerajaan Negeri telah menjadi sebagai platform antara golongan OKU dan majikan untuk memilih serta mendapatkan pekerjaan yang sesuai sekali gus dapat membantu golongan ini berdikari dalam mencari pendapatan dalam meneruskan kehidupan seharian. Kejayaan bagi program ini adalah apabila seramai 113 orang OKU telah Berjaya untuk menghadiri temu duga yang kedua oleh majikan-majikan terlibat.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan keistimewaan kepada golongan OKU melalui Program Inisiatif Peduli Rakyat seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Peduli Sihat. Golongan OKU perlu berdaftar di mana-mana Pusat Khidmat Masyarakat bagi melayakkan mereka menerima manfaat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Sehingga Oktober 2017, seramai 10,570 permohonan SMUE telah diterima daripada golongan OKU dan seramai 2,416 orang telah pun menerima manfaat dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM5.881juta. Manakala bagi Skim Peduli Sihat, seramai 8,329 OKU yang telah membuat permohonan dan akan menerima manfaat RM200.00 bagi setiap individu OKU yang berdaftar.

    Bagi memastikan golongan OKU mendapat kemudahan dan hak yang sama rata dengan masyarakat normal, Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk mewujudkan Jawatankuasa Bebas Halangan OKU di peringkat Negeri Selangor yang bertujuan untuk memastikan setiap pihak berkuasa tempatan melaksanakan keperluan reka bentuk sejagat, mesra OKU khusus dalam projek pembangunan baru dan sedia ada di sekitar kawasan PBT masing-masing.

    Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor pula, terdapat pelbagai bentuk bantuan kebajikan yang disediakan khusus kepada golongan OKU yang memerlukan. Antara bantuan yang disediakan adalah seperti berikut :-

    1.            Bantuan Kewangan – Elaun Pekerja Cacat

     

    Bantuan sebanyak RM350 sebulan bagi OKU yang bekerja sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) serta insentif untuk menggalakkan OKU bekerja dan hidup berdikari.

     

    2.            Bantuan OKU Tidak Bekerja

     

    Bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada OKU yang tidak bekerja untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja.

    3.            Bantuan Penjaga OKU Terlantar

     

    Bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada penjaga OKU sepenuh masa yang merupakan ahli keluarga OKU bagi membantu meringankan beban perbelanjaan penjagaan OKU terlantar.

    4.            Bantuan Kesihatan Sihat Selangor

     

    Terdapat 5 jenis bantuan iaitu bagi merawat penyakit katarak, rawatan dialisis buah pinggang, pembedahan kecil, bantuan kaki palsu dan kos rawatan lain- lain di hospital-hospital kerajaan atau pembelian peralatan sokongan/alat tiruan seperti alat pendengaran, tongkat tangan, kalipers dan lain-lain yang disyorkan pegawai/pakar perubatan.

    • Bantuan Tongkat Putih “White Cane” dan Mesin Braille

     

    Bantuan pembelian “White Cane” dan Mesin Braille bagi OKU cacat penglihatan.

    6.            Bantuan Perniagaan

    Skim Pengembangan Usahawan oleh Hijrah Selangor menyediakan pinjaman sehingga RM50,000.00 bagi usahawan OKU yang ingin mengembangkan perniagaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.