Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

22) AJARAN SESAT DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana JAIS dan MAIS berjaya membanteras ajaran sesat di Selangor. Nyatakan.

    Setakat ini terdapat lebih kurang 39 ajaran, amalan dan fahaman yang menyeleweng dan sesat telah difatwakan di negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut hanya 19 ajaran direkodkan masih aktif. Sepanjang tahun 2017, Kerajaan Negeri merekodkan sebanyak 246 tangkapan, berbanding tahun 2016 yang mencatatkan 31 tangkapan dan 75 tangkapan pada tahun 2015. Sebagai negeri yang dihuni oleh masyarakat dari pelbagai negeri dan rakyat asing, usaha membanteras ajaran seumpama ini mengambil masa yang lama dan memerlukan kerjasama berterusan pelbagai pihak seperti yang telah dilaksanakan

  2. Senaraikan ajaran-ajaran sesat di Selangor yang masih aktif

    Senarai ajaran-ajaran sesat di Selangor yang masih aktif adalah seperti berikut:

    BIL NAMA AJARAN/ PEMIKIRAN/AMALAN ELEMEN KESALAHAN TARIKH FATWA TARIKH WARTA
    1. Golongan Anti Hadis 6 07.10.1995 23.11.1995
     

    2.

     

    Ajaran Qadiani / Ahmadiah

     

    7

    25.11.1975

     

    22.06.1998

    17.08.2000

     

    (Diwarta selepas pinda)

    3. Fahaman Syiah 26 19.01.1998 17.10.2013

    (pindaan)

    4. Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama 9 06.06.2013 31.07.2014
    5. Hizbut Tahrir 7 04.02. 2014 17.09.2015
    6. Ajaran Islam Jamaah 11 12.02.1998 24.09.1998
    7. Ajaran Kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) 10 14.10.2009 16.03.2011
    8. Ajaran Millah Abraham 8 20.08.2014 17.09.2015
    9. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit 8 28.03.1991 24.09.1998
     

     

     

    10.

     

     

     

    Al-Arqam / Rufaqo’

     

     

     

    21

     

     

     

    12.07.1994

    04.02.1993

    (Warta)

     

    11.08.1994

    (Pindaan)

     

    21.12.2006

    (Pindaan)

    11. Ajaran Azhar Bin Wahab (Ajaran Al- Mansur) 23 10.06.2003 07.10.2004
     

    12.

    Ajaran Ilmu Makrifat Dan Mengenal Diri Peninggalan Tok Kenali Kelantan Oleh Shaari Bin Yusof  

    6

     

    08.04.2014

    (Proses Pewartaan)

     

    BIL NAMA AJARAN/ PEMIKIRAN/AMALAN ELEMEN KESALAHAN TARIKH FATWA TARIKH WARTA
    13. Persatuan Perguruan Budi Suci Sejati 3 02.11.2010 07.07.2011
    14. Pembedahan Batin 5 10.10.2013
    15. Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliah Syeikh Nazim Al-Haqqani 3 12.05.2009
    16. Tarekat Naksyabandiyah Kadirun Yahya 8 03.08.1995 14.09.1995
    17. Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol 16 19.01.1998 24.09.1998
    18. Aurad Ismailiah (Mahmud Bin Hj. Abd. Rahman) 12 16.09.1995 23.11.1995
    19. Kumpulan Militan Islamic State (IS) 11 11.08.2015 03.02.2016
  3. Di antara yang tersenarai tersebut nyatakan yang boleh mengancam ketenteraman awam atau berbahaya.

    Di antara ajaran yang boleh mengancam ketenteraman awam atau berbahaya adalah:

     

    • Aliran Pemikiran Liberal

    Menimbulkan kecelaruan dalam hal-hal agama dengan memperjuangkan hak asasi manusia berdasarkan prinsip humanisme, menolak autoriti ulama dan institusi agama, meletakkan kebebasan sebagai prinsip tertinggi dan membebaskan manusia dari sebarang kawalan.

     

    • Ajaran Syiah

    Menimbulkan perpecahan dalam masyarakat Islam dengan menolak prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dominan di Selangor.

     

    • Ajaran Millah Abraham

    Menjalankan usaha mendirikan negara baru dan menghasut ahli untuk melakukan apa jua tindakan bagi mencapai objektif pembawa ajaran, meskipun bertentangan dengan undang-undang dan norma bermasyarakat.

     

    • Kumpulan Militan Islamic State (IS)

    Mempromosi ideologi Salafi Jihadi serta merekrut anggota untuk aktiviti keganasan.

Lampiran

Tiada Lampiran.