Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

19) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tapak pelupusan sampah di Negeri Selangor tidak boleh menampung keperluan rakyat sedangkan sampah semakin meningkat dan tapak pelupusan semakin terhad. Apakah rancangan masa depan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengguna teknologi terkini untuk mengatasi masalah ini?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 16/2016 yang diadakan pada 11 Mei 2016 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 17/2016 pada 18 Mei 2016 telah menimbang dan bersetuju supaya anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerajui usaha untuk membangunkan dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) bersebelahan dengan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram (TPSJ) Kuala

    ISWMC adalah satu sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menyeluruh merangkumi fasiliti atau kemudahan seperti berikut:

    1. Loji Waste To Energy (WTE);
    2. Loji Kitar Semula;
    3. Loji Pencernaan Anerobik (AD);
    4. Loji Kompos;
    5. Loji Kitar Semula Sisa Binaan; dan
    6. Pusat Penyelidikan & Pembangunan

    Dengan adanya ISWMC ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.