Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
17) TANAH RIZAB ORANG ASLI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan Kampung Orang Asli dan keluasan yang telah diwartakan sebagai kawasan atau rizab orang asli sejak tahun 2008 mengikut daerah.
Jumlah bilangan kampung Orang Asli dan keluasan yang telah diwartakan sebagai kawasan atau Rizab Orang Asli sehingga 2017 mengikut daerah seperti berikut :-
BIL
DAERAH
NAMA KAMPUNG KELUASAN (EKAR) TARIKH WARTA NO WARTA
1.
Hulu Selangor Kampung Orang Asli Sungai Jang Kerling
4.18
24.10.2013
3898
2.
Kuala Langat Taman Desa Kemandol
86.79 13.03.2016 GN 600 Sungai Bumbun 329.6 26.10.2017 Masih di PNB 3.
Sepang
Kampung Bakok
9.044
26.10.2017
Masih dalam proses percetakan di PNB
4.
Klang
Tanjung Harapan, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang
3.00
13.10.2011
3676
Bil
Daerah
Nama Kampung
Keluasan
Tarikh Warta
No warta
5. Kuala Selangor
tiada tiada tiada tiada 6. Sabak Bernam
tiada tiada tiada tiada 7. Hulu Langat tiada tiada tiada tiada 8. Gombak tiada tiada tiada tiada 9. Petaling tiada tiada tiada tiada -
Apakah halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri menyebabkan proses pewartaan agak lambat?
Pihak Berkuasa Negeri akan meluluskan perizaban mana-mana Tanah Kerajaan untuk maksud penempatan / kawasan Orang Asli melalui permohonan lengkap yang dikemukakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama pelan pra-hitungan (pre-com plan) yang disediakan oleh Juruukur Berlesen. Seterusnya setelah tanah yang telah diluluskan perizaban diukur halus melalui pengeluaran Pelan Warta (PW) oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), pengisytiharan perizaban akan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor. Proses ini akan mengambil tempoh masa yang lama sekiranya isu tanah yang dicadangkan untuk perizaban tidak diselesaikan seperti isu pertindihan lot, pelan tanah yang dikemukakan tidak sempurna dan masalah dalam proses ukur halus untuk pengeluaran Pelan Warta (PW).