Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
16) PROGRAM SELANGOR BRAIN BANK
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penerima dan jumlah kewangan bagi program Selangor Brain Bank setakat ini?
Program Khas Selangor Brain Bank telah diluluskan untuk pelaksanaan pada 31 Oktober 2016. Permohonan bagi pengambilan telah dibuka pada 15 November 2016 sehingga 31 Januari 2017 dan 1 April hingga 15 Jun 2017. Sebanyak 105 permohonan telah diterima dan 11 calon sedang dalam pertimbangan Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan awal sebanyak RM5 juta bagi pelaksanaan program ini.