Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
14) TAPAK SURAU DAN MASJID DI GOMBAK SETIA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah tapak surau dan masjid yang telah diwartakan di DUN Gombak Setia?
Merujuk kepada keputusan MMKN ke 29/2013 bertarikh 25 September 2013 dan disahkan oleh MMKN ke 30/2013 bertarikh 9 Oktober 2013 semua permohonan tapak surau dan masjid oleh MAIS hendaklah ditolak dan diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara yang mana pegawai pengawal adalah Jabatan Agama Islam Selangor dan pegawai penyelenggara adalah Majlis Agama Islam Selangor
Bagi DUN Gombak setia terdapat 6 permohonan yang telah diterima dan hanya sebuah tapak surau sahaja yang telah diwartakan iaitu di lot 4380 Bandar Gombak Setia , Daerah Gombak (No. Warta : 1163 bertarikh 9.4.2009).