Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

13) KAWASAN KAKI LIMA RUMAH KEDAI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan PBT yang mempunyai dasar untuk membenarkan perniagaan meletakkan barang niaga di sebahagian daripada kaki lima?

     a) dan b)

     

    Untuk makluman, semua PBT di Selangor telah mengguna pakai dasar yang disediakan dan diedarkan oleh Kerajaan Negeri iaitu Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) SPBT:KT Bil.6/2008 – Dasar Membenarkan Permit Sementara Meletakkan Kerusi Meja  Di Luar Premis Makanan Di Dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bertarikh 26 Ogos 2008.

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan menyeragamkan dasar ini di seluruh Negeri Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.