Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
12) TARIKAN PELABURAN ASING
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah daya penarik Selangor sebagai destinasi pelaburan?
Antara daya penarik Selangor sebagai destinasi pelaburan adalah;-
- Keyakinan pelabur terhadap dasar pentadbiran Kerajaan Negeri yang telus, bertanggung jawab dan berintegriti, untuk pelabur melabur di Selangor dan juga mengembangkan pelaburan yang sedia
- Penawaran kawasan industri yang strategik dan kondusif di Negeri Selangor serta kemudahan infra yang
- Kos pelaburan dan awalan perniagaan yang
- Perlaksanaan projek baru yang berintensifkan modal bagi penggunaan teknologi baru yang lebih
- Kewujudan eko – sistem pelaburan yang lebih baik berbanding negeri- negeri
- Kewujudan industri sokongan dan perkhidmatan sebagai pelengkap kepada rantaian bekalan industri (Industrial Supply Chain) bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan
Bekalan tenaga kerja mahir yang tertumpu di kawasan Lembah Klang turut menjadi faktor daya penarik
-
Apakah inisiatif untuk memastikan Selangor terus menjadi destinasi pelaburan yang utama?
Antara inisiatif yang dilaksanakan untuk memastikan Selangor terus menjadi destinasi pelaburan utama seperti berikut;-
Strategi jangka masa panjang;-
- Melaksanakan perancangan pelan perancangan strategik sektor perindustrian yang telah
- Merangka dan memacu hala tuju pembangunan perindustrian melalui
Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan seperti;-
- Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC)
- Halal International Selangor Council
- Selangor Aerospace Council
- Bio Tech – Council
- Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program misi penggalakan pelaburan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara-negara yang berpotensi dan yang telah dikenal pasti.
- Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui media cetak dan elektronik.
- Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-dewan Perniagaan dalam dan luar Negara).
- Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.
- Cadangan pengkelasan kawasan perindustrian mengikut standard kawasan perindustrian luar Negara bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif mengikut keperluan
- Mewujudkan kawasan perindustrian yang selesa dan kondusif berkonsepkan Managed Industrial Parks.
- Penganjuran ekspo dan forum bertaraf
Strategi jangka masa pendek;-
- Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau
- Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB
- Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan
- Menyediakan peruntukkan khusus bagi penyelenggaraan kawasan perindustrian di setiap
- Mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu-isu kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat Pihak Berkuasa