Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

11) KAD PEDULI SIHAT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah proses tindakan ke atas klinik-klinik yang mengenakan caj lebih tinggi dari biasa?

    Sebarang aduan lebihan caj yang diadukan akan disiasat oleh pihak Selgate Corporation Sdn. Bhd. Berikut merupakan proses aduan berkaitan pengenaan caj berlebihan oleh pihak klinik :

     

    NO. PROSES BUTIRAN
    1 Menerima aduan Membuat semakan beserta bukti seperti resit, butiran ubat dan maklumat klinik.
    2 Proses Penilaian Aduan Berdasarkan maklumat yang lengkap, siasatan dalaman akan dilakukan oleh Unit Pengurusan Perubatan SELGATE untuk mengesahkan kesahihan aduan.
    3 Siasatan Dalaman Unit Pengurusan Perubatan akan menghubungi klinik terbabit untuk meminta penjelasan berkenaan dengan aduan ahli.
    4 Siasatan Rujukan Klinik Keputusan siasatan akan dibawa kepada pihak pengurusan SELGATE untuk dinilai dan tindakan. Pihak Perhubungan Pelanggan SELGATE dan Pemasaran akan memaklumkan kepada pengadu mengenai status aduan.

     

    NO. PROSES BUTIRAN
    5 Maklumbalas Siasatan 1.      Pihak SELGATE akan mencadangkan kepada pihak klinik tindakan yang harus diambil berdasarkan hasil siasatan aduan.

    2.      Jika perkara tersebut berlaku kali kedua, pihak SELGATE akan meletakkan klinik panel terbabit di dalam senarai PERHATIAN dan surat amaran akan diberi kepada klinik tersebut.

     

    3.      Jika hal yang sama berterusan untuk kali ketiga, pihak SELGATE akan menggantung atau menamatkan kontrak sebagai Klinik

    Panel Peduli Sihat.

  2. Nyatakan bilangan klinik-klinik yang sudah berdaftar dan klinik-klinik yang sudah ditamatkan perkhidmatan dalam skim Peduli Sihat.

    Sehingga 19 Oktober 2017, sebanyak 869 klinik di seluruh Selangor dan Lembah Kelang telah diluluskan sebagai klinik panel Skim Peduli Sihat dan 93 klinik dalam proses untuk diluluskan. Sehingga kini tiada klinik yang telah ditamatkan khidmat

Lampiran

Tiada Lampiran.