Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

8) PELAKSANAAN PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM (PIPA)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri telah bersedia untuk melaksanakan PIPA?

    Isu kesesakan lalu lintas merupakan salah satu isu yang selalu dibangkitkan terutama oleh penduduk di kawasan Menyedari perkara ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) yang merupakan dokumen asas ke arah mewujudkan perancangan pengangkutan awam yang komprehensif sebagai salah satu inisiatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Negeri Selangor. Penyediaan PIPANS memberi lakaran dan alternatif baru jajaran dan jalinan pengangkutan awam supaya Kerajaan Negeri dapat membantu merangka sistem  pengangkutan awam yang menepati keadaan semasa dan kehendak rakyat Negeri Selangor.

    Penyediaan dokumen ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sememangnya telah bersedia dan mempunyai pandangan jauh dalam memulakan pelan pengangkutan yang mampan terutamanya dalam menambahbaik sistem pengangkutan di Negeri Selangor. Namun begitu, penglibatan daripada pelbagai pihak terutama agensi pelaksana pengangkutan berkaitan terutamanya di peringkat Kerajaan Persekutuan adalah sangat penting. Penyelarasan di peringkat semua pihak amat diperlukan dalam perancangan pembangunan supaya pelan ini dapat diintegrasikan ke dalam pelan-pelan agensi sedia ada dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan nisbah pengangkutan awam kepada penggunaan kenderaan persendirian dengan nisbah 60:40.

  2. Adakah Kerajaan Negeri yakin PIPA mampu menyelesaikan masalah kesesakan di bandar-badar utama Selangor?

    Perlu ditekankan bahawa cadangan jalan raya dan lebuh raya baharu tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Dalam banyak keadaan, cadangan ini hanya akan memindahkan punca masalah ke lokasi lain iaitu ke jalan raya atau lebuh raya yang Keadaan ini sering berlaku di mana susur keluar jalan raya baharu bertemu dengan jalan sedia ada menyebabkan keadaan bottleneck yang membawa kepada kesesakan lalu lintas. Ketidakseimbangan laluan lebuh raya pula sangat ketara di lokasi-lokasi tertentu dalam kawasan bandar di Selangor apabila ianya terletak berhampiran dengan rangkaian pengangkutan.

    Penyediaan PIPANS adalah berdasarkan kepada perancangan guna tanah di Negeri Selangor, pertumbuhan penduduk, peluang pekerjaan, pemilikan kenderaan dan turut mengambil kira faktor ekonomi Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Sebelum kajian ini dimulakan, penyelidikan dari aspek-aspek yang dinyatakan di atas dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai situasi semasa serta perancangan pembangunan yang akan datang bagi memastikan cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini telah mengambilkira setiap aspek dan isu sekaligus relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.