Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

6) PERUMAHAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan membantu membangunkan semula projek perumahan terbengkalai?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha memberikan komitmen dalam mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja tetapi kuasa pemulihan ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)

    Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif telah diambil oleh Kerajaan melalui LPHS bagi memastikan usaha pemulihan perumahan terbengkalai dapat disiapkan adalah seperti berikut :

    • Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri telah dilaksanakan secara berjadual bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan   penting    dalam   merangka    pelan    pemulihan di samping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. LPHS sebagai agensi pemantauan senantiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki

     

    • LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau

     

    • LPHS juga mengadakan perbincangan bersama pelikuidasi (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.

     

    • LPHS turut mengadakan perbincangan dengan semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu

     

    • Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek

     

    • Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989

     

    • LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan- tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang

     

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah.

  2. Apakah status kemajuan terkini projek perumahan generasi kedua?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Perumahan Generasi Kedua buat masa ini hanya tertumpu kepada Felda Sg. Tengi Selatan, Daerah Hulu Selangor adalah merupakan sebuah projek inisiatif Kerajaan Negeri yang dimajukan oleh PKNS. Projek ini meliputi pembangunan sejumlah 136 unit Rumah Berkembar Satu Tingkat yang mana Kerajaan Negeri akan membiayai sepenuhnya kos pembangunan infrastruktur yang dianggarkan berjumlah RM7.65 juta. Berikut adalah status semasa dan sasaran bagi kelulusan yang berkaitan dengan cadangan pembangunan perumahan generasi kedua Felda Sg. Tengi Selatan :

    Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Bersyarat telah diperolehi dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada 05 Mei

    Kelulusan KM Penuh dari MDHS telah diperolehi pada 12 September 2017.

    Sasaran kelulusan  Pelan   Pra-Hitungan  dijangka   diperolehi pada 10 Oktober

    Sasaran Kelulusan Pelan Kerja Tanah serta Pelan Jalan & Perparitan dijangka diperolehi pada 20 Oktober

    Pelan Bangunan dan Pelan Sementara disasarkan untuk mendapat kelulusan pada 06 November

    Kerja-kerja pembersihan   tapak    telah   dimulakan   kontraktor    pada 03 Ogos 2017 dan telah disiapkan pada 18 Ogos

    Sasaran untuk kerja-kerja pembinaan dimulakan di tapak adalah pada pertengahan akhir November

Lampiran

Tiada Lampiran.