Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
4) PROJEK PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini projek penggantian paip lama di Selangor?
23 projek hotspots sedang berjalan semenjak tahun 2016 dan dijangka siap pada suku tahun pertama
Bagi tahun 2017 sehingga bulan September 2017, 24 projek hotspots baru telah dianugerahkan kepada kontraktor yang berjaya sementara 10 projek hotspots lagi sedang dalam peringkat penganugerahan dan dijangkakan akan ditawarkan kepada kontraktor yang berjaya pada tahun ini juga. Kesemua 34 projek hotspots ini dijangkakan akan siap pada penghujung tahun 2018.
Baki 27 hotspots lagi akan dilaksanakan pada tahun 2018 tertakluk kepada baki pinjaman sebanyak RM93.70 juta dikeluarkan lebih awal oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2018 dan bukannya pada tahun 2019 seperti yang dijadualkan sebelum ini.
-
Berapakah jumlah NRW yang berjaya dikurangkan sehingga kini?
- Sejak pengambilalihan oleh Air Selangor pada Oktober 2015, NRW telah dapat dikurangkan daripada 32.56% kepada 31.41% sehingga September 2017. Pengurangan sebanyak 1.15%. Berikut adalah peratus pengurangan air tidak berhasil (NRW) dari bulan Oktober 2015 – September 2016:
Bulan Jumlah (Mld) Jumlah Penggunaan Dibilkan (Mld)
Jumlah NRW (Mld) Peratus NRW (%) Oct-15 4,686 3,160 1,526 32.56 Nov-15 4,688 3,189 1,500 31.99 Dec-15 4,666 3,170 1,496 32.06 Jan-16 4,748 3,199 1,549 32.61 Feb-16 4,708 3,238 1,470 31.22 Mar-16 4,780 3,272 1,508 31.55 Bulan Jumlah (Mld) Jumlah Penggunaan Dibilkan (Mld)
Jumlah NRW (Mld) Peratus NRW (%) Apr-16 4,828 3,327 1,501 31.09 May-16 4,862 3,295 1,567 32.23 Jun-16 4,811 3,284 1,527 31.75 Jul-16 4,772 3,212 1,560 32.7 Aug-16 4,865 3,282 1,583 32.54 Sep-16 4,819 3,276 1,552 32.20 Oct-16 4,834 3,285 1,541 32.04 Nov-16 4,884 3,247 1,637 33.51 Dec-16 4,770 3,213 1,557 32.64 Jan-17 4,854 3,219 1,635 33.68 Feb-17 4,866 3,233 1,633 33.56 Mar-17 4,892 3,269 1,623 33.17 Apr-17 4,820 3,317 1,503 31.18 May-17 4,857 3,315 1,542 31.75 Jun-17 4,804 3,354 1,450 30.19 Jul-17 4,866 3,272 1,594 32.76 Aug-17 4,859 3,392 1,467 30.19 Sep-17 4,830 3,313 1,517 31.41 -
Berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi melaksanakan projek ini?
Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi melaksanakan projek ini adalah RM374.3 Juta.