Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

224) KAIN RENTANG BERUNSUR PINJAMAN WANG HARAM DI SETIAP PBT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah operasi penguatkuasaan menurunkan kain rentang berunsur pinjaman wang haram di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi tempoh 6 bulan tahun 2017

    Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua PBT agar meneruskan operasi penguatkuasaan terhadap kegiatan menggantung atau menampal kain rentang haram dengan lebih agresif, supaya kegiatan ini dapat dikekang sepenuhnya daripada terus berleluasa dengan menguatkuasakan undang-undang di bawah Seksyen 17 (Iklan Yang Dilarang), Undang-Undang Kecil (UUK ) Iklan Tahun 2007. Justeru itu, semua anggota Penguatkuasa PBT telah menjalankan pembersihan kain rentang tersebut pada seawal pagi dan petang semasa tugas rondaan dijalankan terutamanya di jalan-jalan utama/jalan protokol dan kawasan perumahan.

    Namun demikian, bagi PBT yang berkemampuan masing-masing telah mempunyai cara tersendiri dalam membanteras aktiviti menggantung iklan haram. Contohnya MBSA yang mempunyai keanggotaan penguatkuasa yang mencukupi telah menjalankan pembersihan kain rentang sewaktu tugasan rondaan setiap hari secara berjadual, iaitu pada awal pagi, petang dan malam mengikut syif. Selain itu, MBSA juga telah mengadakan hubungan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras aktiviti penampalan kain rentang dan maklumat kegiatan pinjaman wang haram.

    Selain itu, PBT juga MBPJ dan MPSJ telah menambah baik skop kerja perkhidmatan pembersihan awam dengan memasukkan kerja-kerja pembersihan kain rentang atau sticker haram yang dilaksanakan oleh pekerja kontraktor pembersihan awam yang dilantik.

    Sehubungan dengan itu, dalam tempoh sehingga pertengahan tahun 2017 sebanyak 294,345 unit pelbagai kain rentang telah diturunkan, manakala sebanyak 459 bilangan nombor telefon yang direkodkan melalui kain rentang haram tersebut telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan penamatan perkhidmatan. Pecahan bilangan kain rentang yang diturunkan dan maklumat nombor telefon yang telah dikemukakan kepada pihak SKMM mengikut PBT adalah seperti berikut:-

    PBT BILANGAN PELBAGAI KAIN RENTANG YANG DITURUNKAN (UNIT) BILANGAN NOMBOR TELEFON YANG DIKEMUKAKAN KEPADA SKMM UNTUK TINDAKAN (UNIT)  
    MBSA 99,922 60  
    MBPJ 307 Tiada  
    MPSJ 65,736 107  
    MPS 2,681 54  
    MPKj 5,398 48  
    MPK 68,878 113  
    MPAJ 7,500 53  
    MPSp 1,225 Tiada  
    MDKS 18,096 Tiada  
    MDKL 16,541 24  
    MDSB 6,991 Tiada  
    MDHS 1,070 Tiada  
    JUMLAH 294,345 459  

    Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  2. Berapakah jumlah nombor telefon bimbit telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan susulan boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.