Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

223) OPERASI PENGUATKUASAAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL TANPA LESEN PBT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah tindakan saman dan operasi penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh setiap PBT pada tahun 2016 sehingga setengah tahun 2017 terhadap penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil tanpa lesen berniaga di Pasar Pagi dan Pasar Malam.

    PBT Negeri Selangor sentiasa melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala terhadap penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil di pasar-pasar pagi dan malam berdasarkan syarat-syarat lesen yang terkandung di dalam Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja 2007 bagi mengawal aktviti penjajaan/perniagaan tanpa lesen di kawasan PBT masing-masing.

    Sehubungan dengan itu, pada tahun 2016 sebanyak 22,563 kompaun telah dikenakan terhadap penjaja/peniaga kecil tanpa lesen di pasar-pasar malam dan pagi di seluruh Negeri Selangor. Manakala sehingga Jun 2017, sebanyak 10,301 kompaun telah dikenakan. Pecahan bilangan kompaun mengikut PBT adalah seperti berikut:-

    BIL. PBT BILANGAN KOMPAUN YANG DIKELUARKAN OLEH PBT NEGERI SELANGOR
    TAHUN 2016 TAHUN 2017
    1. MBSA 9,433 4,656
    2. MBPJ 125 131
    3. MPSJ 6,627 2,800
    4. MPS 575 191
    5. MPKj 14 8
    6. MPK 344 122
    7. MPAJ 2,091 468
    8. MPSp 1,044 651
    9. MDKS 1,568 670
    10. MDKL 336 127
    11. MDSB 247 308
    12. MDHS 159 169
    JUMLAH 22,563 10,301

    ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  2. Apakah tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap peniaga dan penjaja tanpa lesen yang degil dan ingkar yang melakukan kesalahan berulangan?

    Tindakan susulan yang diambil oleh PBT terhadap aktiviti penjaja/peniaga kecil tanpa lesen yang telah diberi notis/ kompaun, tetapi masih melakukan lagi kesalahan adalah, PBT boleh melaksanakan sitaan dan tidak mengembalikan apa-apa barang perniagaan yang disita berdasarkan Seksyen 42 Penyitaan dan Seksyen 44(3) Pelucuthakan, UUK Penjaja Tahun 2007 agar kesalahan aktiviti tersebut tidak berulang lagi.

    Di samping itu, pihak PBT akan memberi nasihat kepada penjaja/peniaga kecil terbabit supaya membuat permohonan lesen penjaja daripada PBT agar kawalan ke atas penjaja/peniaga kecil mematuhi syarat lesen yang ditetapkan dan beroperasi di kawasan yang dibenarkan

Lampiran

Tiada Lampiran.