Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
218) STATUS DAN KEPUTUSAN PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN PAJAKAN 60 TAHUN OLEH TETUAN MARINE KINGDOM SDN BHD
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah keputusan dan status permohonan oleh Tetuan Marine Kingdom Sdn Bhd untuk memohon Lesen Pendudukan Pajakan selama 60 tahun sebagai tapak resort dan pusat pemasaran hasil ikan bagi tujuan pelancongan (tourism), lokasi : Bagan Sungai Lima, Pulau Ketam , Daerah Klang, seluas 5.9 ekar? Surat kepada Pejabat Y.A.B. Dato Menteri Besar Negeri Selangor bertarikh 14 Oktober 2014 dibawah rujukan : MKSB /03/2014 ; dan surat balas daripada Pejabat Menteri Besar Selangor bertarikh 18 Jun 2014 berujukan MB.Sel. 12/4 Jld 12 (58) adalah berkaitan.
Pentadbir Tanah Klang telah meneliti permohonan dari Tetuan Marine Kingdom Sdn Bhd yang dikemukakan melalui Pejabat Menteri Besar dan mendapati kawasan yang dipohon merupakan Zon Ekologi Semulajadi. Pentadbir Tanah Klang juga tidak dapat memproses permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di kawasan tersebut memandangkan Pekeliling PTG Bil. 4/2015 tidak membenarkan sebarang bangunan atau struktur kekal didirikan di atas tapak LPS.