Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
209) SKIM BANTUAN TADIKA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan secara terperinci tadika yang terlibat dalam program ini
Senarai tadika yang terlibat di dalam program ini adalah seperti di Lampiran.
-
Apakah kriteria tadika yang dipilih?
Tadika yang layak adalah tadika swasta atau kerajaan yang beroperasi di dalam Negeri Selangor dan berdaftar dengan Rantaian Mesra Sdn Bhd. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengemukan Borang Pendaftaran Tadika yang disediakan oleh pihak RMSB dengan mengemukakan Sijil Pendaftaran Tadika (JPS/ABIM/PASTI/JPNS/SSM dan lain-lain) berserta salinan penyata bank tadika yang terkini. Tadika mestilah telah melebihi 3 tahun beroperasi.
-
Berapakah jumlah kanak-kanak yang menerima manfaat skim ini?
Jumlah kanak-kanak yang telah menerima manfaat Skim ini seramai 37,419 sejak diperkenalkan pada tahun 2012