Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
208) TANAH RUNTUH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kejadian tanah runtuh dari tahun 2014 hingga 2016.
Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Unit Pengurusan Bencana SUK Selangor yang mula ditubuhkan pada tahun 2014, bermula dari tahun 2014 sehingga tahun 2016 direkodkan sebanyak tujuh (7) kes kejadian tanah runtuh/ tanah mendap telah berlaku di Negeri Selangor. Maklumat berkaitan dilampirkan bersama.
Mengikut maklumat yang diperolehi daripada JKR Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), daripada tahun 2014 hingga tahun 2016 sebanyak (58) kes kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di seluruh Negeri Selangor melibatkan jalan dan bangunan sahaja. Maklumat berkaitan dilampirkan bersama.
-
Apakah S.O.P kerja penarahan bukit yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri?
Tidak berkenaan.
-
Nyatakan jumlah denda yang dikeluarkan kepada syarikat kontraktor yang mengakibatkan tanah runtuh dari 2014 hingga 2016.
Tidak berkenaan.