Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

196) MASJID BARU PEKAN DENGKIL

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status dan perkembangan terbaru projek Masjid ini?

    Satu surat daripada JAKOA Selangor telah dihantar kepada PDT Sepang, PTGS, Pengarah JAIS dan Pejabat YB. Elizabeth Wong bertarikh 6 Mac 2017 bagi memaklumkan akan keputusan pemilik tanah. Di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa melalui mesyuarat di antara JAKOA Selangor dengan pemilik tanah pada 17 Februari 2017, pemilik tanah bersetuju untuk dibayar pampasan berjumlah RM2 juta bagi tapak tanah seluas 10 ekar termasuk bayaran pampasan pokok-pokok kelapa sawit. Bayaran pampasan dibuat mengikut keluasan tanah masing-masing yang terlibat.

    Status Tanah:

    Lot 45995 seluas 10 Ekar (40468.6 m²) No Warta WKN2030 Bertarikh 24hb Mei 2012. No Pelan Akui (PA) 145417.

    Status Terkini:

    Dalam proses permohonan kelulusan pembayaran saguhati kepada orang asli di MTES.

    Status Pembinaan:

    Masjid Baru Pekan Dengkil ini telah disenaraikan di dalam RMK-11 dan masih token RM50.00

  2. Bilakah projek pembinaan masjid ini boleh dimulakan?

    Projek pembinaan masjid akan dilaksanakan sebaik sahaja pampasan diterima oleh Orang Asli yang terlibat.

  3. Berapakah pecahan peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan masjid ini?

    Peruntukan adalah token RM50.00 dari Kerajaan Negeri di dalam RMK-11.

Lampiran

Tiada Lampiran.