Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
192) BIDANG KUASA JALAN RAYA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jalan yang dibawah tangungjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Senarai jalan yang di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan seperti di Lampiran A manakala senarai jalan yang di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri seperti di Lampiran B.
-
Nyatakan perbandingan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ke atas jalan raya.
Bidang Kuasa Kerajaan Negeri ke atas jalan raya hanyalah pada mana-mana jalan awam, selain jalan persekutuan, dan mana-mana jalan lain selain jalan persekutuan yang boleh dilalui oleh orang ramai. Maka, mana-mana jalan yang disytiharkan sebagai Jalan Negeri adalah dibawah tanggungjawab Pegawai Pengawal iaitu Pegawai Kewangan Negeri bagi negeri di Semenanjung Malaysia.
Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas jalan raya hanyalah pada Jalan Persekutuan sahaja dimana Jalan Persekutuan adalah jalan yang telah diwartakan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 yang menyatakan hanya Menteri Kerja Raya sahaja yang mempunyai kuasa bagi mengisytiharkan suatu jalan itu sebagai Jalan Persekutuan. Maka, mana-mana jalan yang disytiharkan sebagai Jalan Persekutuan adalah di bawah tanggungjawab Menteri Kerja Raya.