Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
190) KOS BAIK PULIH BANGUNAN KERAJAAN NEGERI (SUK)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci kos kerja-kerja baikpulih bangunan SUK dari 2014- 2016.
Jumlah kos kerja-kerja baik pulih Bangunan SUK dari 2014-2016 adalah RM10,099,522.25 dan butiran mengikut pecahan tahun adalah seperti berikut:
BIL TAHUN KOS KONTRAK PERKHIDMATAN
KERJA INDEN/ LO JUMLAH 1. 2014 RM1,731,294.00 RM1,111,339.80 RM2,842,633.80 2. 2015 RM1,731,294.00 RM1,882,094.45 RM3,613,388.45 3. 2016 RM1,731,294.00 RM1,912,206.15 RM3,643,500.15 JUMLAH RM10,099,522.25 -
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menentukan kontraktor bagi melaksanakan kerja baikpulih?
Perolehan secara tender/ sebut harga terbuka dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan melantik kontraktor yang lulus penilaian harga, lulus penilaian teknikal dan yang menawarkan harga yang menguntungkan Kerajaan Negeri melalui kaedah Cut-Off (untuk bilangan petender/ penyebut harga yang melebihi 10) atau pemilihan yang menawarkan harga tertndah (sekiranya bilangan petender/ penyebut harga kurang dari 10).
-
Senaraikan nama dan pemilik syarikat yang memperoleh kerja baikpulih melebihi 5 kali
Tiada.