Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
186) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) LEMBAH SUBANG 1
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini PPR Lembah Subang 1 antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Pengurusan dan pentadbiran PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang 1 adalah masih di bawah kawalan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Ini adalah merujuk kepada keputusan Mesyuarat EXCO-MTES bertarikh 13 Julai 2017.
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk memastikan PPR ini menerima bantuan yang diperlukan?
Untuk makluman Y.B. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan sentiasa memastikan keadaan pangsapuri dalam suasana selesa dan harmoni di mana urusan-urusan penyelenggaraan masih lagi diuruskan oleh pihak MBPJ.
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk membaikpulih PPR Lembah Subang 1?
Sejak dari tahun 2013 sehingga Jun 2017 yang mana pengurusan dan pentadbiran PPR Lembah Subang adalah sepenuhnya di bawah MBPJ (tiada lantikan Pengurus Harta), jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membaikpulih PPR Lembah Subang 1 adalah berjumlah RM11,629,414.78.