Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
165) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan pecahan peruntukan program pembangunan belia di Selangor dari 2014-2016
Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk Pembangunan Generasi Muda di Negeri Selangor dengan kerjasama oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) serta program-program belia di Peringkat Negeri.
Peruntukan pembangunan belia yang telah dimanfaatkan dari tahun 2014 sehingga 2016 adalah sebagaimana butiran berikut :-
- Bagi tahun 2014, peruntukan Pembangunan Belia adalah sebanyak RM3,500,000.00. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan menggunakan peruntukan lebihan PeBT. Pecahan program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :-
Bil Perkara / Program Jumlah (RM)
1. Elaun Pengerusi Induk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) RM500 x 12 Pengerusi x 12 bulan = RM72,000.00 Elaun Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
RM400 x 24 orang x 11 PBT x 12 bulan
= RM1,267,200.00
RM400 x 26 orang x 1 PBT x 12 bulan
= RM124,800.00
1,464,000.00 2. Program PeBT 12 PBT x 24 Zon x RM5,000.00
1,440,000.00
3. Sambutan Hari Belia Antarabangsa 157,800.00 4. Sambutan Hari Sukan Antarabangsa 37,334.00 5. Bengkel Pengucapan Awam 8,800.00 6. Bengkel Kepimpinan PeBT 26,480.00 7. Program Perkahwinan Perdana Belia Selangor 194,914.00 8. Program Kursus Asas Kepimpinan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) 99,862.00 9. Program Jelajah Walkathon Bes Peringkat PBT 90,000.00 10. Program Pelancaran Jelajah Walkathon Bes Peringkat Negeri Selangor 2014 49,980.00 Jumlah Keseluruhan 3,569,170.00 Seterusnya bagi tahun 2015, peruntukan Pembangunan Belia adalah sebanyak RM3,420,000.00. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan menggunakan peruntukan lebihan PeBT. Pecahan program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :-
Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Elaun Pengerusi Induk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) RM500 x 12 Pengerusi x 12 bulan = RM72,000.00 Elaun Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
RM400 x 24 orang x 11 PBT x 12 bulan
= RM1,267,200.00
RM400 x 26 orang x 1 PBT x 12 bulan
= RM124,800.00
1,464,000.00 2. Program PeBT 12 PBT x 24 Zon x RM5,000.00
1,440,000.00
3. Program-program Belia di bawah Kerajaan Negeri sehingga Jun 2015 449,082.00 4. International Youth Conference 97,650.00 5. Himpunan Generasi Muda bersama Y.B Exco 31,460.00 6. International Selangor Cyber Game 282,850.00 7. Program ADUN Muda Selangor 50,000.00 8. Karnival Gen-S 2.0 163,000.00 9. Grand Finale Selangor Plus 149,855.00 10. Jelajah Exco Generasi Muda 120,000.00 Jumlah Keseluruhan 4,247,897.00 - Manakala untuk Peruntukan bagi Projek Pembangunan Generasi Muda pada 2016 adalah sebanyak RM7,400,000.00 Walau bagaimanapun, terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan menggunakan peruntukan lebihan PeBT. Pecahan program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :-
Bil Perkara / Program Jumlah (RM)
1. Program Insentif Perkahwinan Belia 5,000,000.00 2. Elaun Pengerusi Induk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) RM500 x 12 Pengerusi x 6 bulan = RM72,000.00 Elaun Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT)
RM400 x 24 orang x 11 PBT x 6 bulan
= RM1,267,200.00
RM400 x 26 orang x 1 PBT x 6 bulan
= RM124,800.00
1,464,000.00 3. Program PeBT 12 PBT x 24 Zon x RM5,000.00
1,440,000.00
4. Program Selangor International Cyber Games 400,000.00 5. Program GP Larian Peringkat PBT 80,000.00 6. Program Iftar Ramadhan Kareem Bersama Belia Mahasiswa Selangor 2016 10,000.00 7. Program Pertandingan Futsal Orang Pekak Selangor antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Pekak Selangor 6,000.00 8. Program Jelajah Y.B. Exco Generasi Muda Bersama Belia Mahasiswa Selangor 67,720.00 9. Program Colour Run kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Unisel 6,000.00 10. Program Penyerahan Watikah Pelantikan Dan Kursus Asas Pebt Negeri Selangor 2016 80,400.00 11. Karnival Sukan Pusat Latihan Gurney (GTC) 2016 antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia 5,000.00 12. Liga Sukan Selangor Plus Peringkat DUN 112,000.00 Jumlah Keseluruhan 8,671,120.00 -
Nyatakan secara terperinci program pembangunan belia yang dilaksanakan dari 2014-2016.
Sama seperti di SUB (a)
-
Apakah halatuju Kerajaan Negeri dalam membangunkan belia di Selangor?
Kerajaan Negeri menitik beratkan aspek pembangunan belia di Negeri Selangor memandangkan lebih lima puluh peratus (50%) populasi rakyat Selangor adalah di kalangan generasi muda. Justeru itu, hala tuju Kerajaan Negeri dalam membangunkan belia di Selangor dizahirkan dengan penubuhan Penggerak Belia Tempatan (PeBT). PeBT bertindak sebagai ejen dan jentera pelaksana agenda Kerajaan Negeri dalam merealisasikan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi. Untuk makluman, sejak PeBT ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2009, pelbagai aktiviti dan program pembangunan belia telah dilaksanakan.
Di samping itu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Dasar Belia Negeri Selangor pada tahun 2014 sebagai panduan kepada Pembangunan Generasi Muda di Selangor. Melalui Dasar Belia Selangor, 10 teras telah diwujudkan iaitu Keusahawanan dan Pekerjaan, Kepimpinan dan Organisasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawanan, Kebudayaan dan Kesenian, Kesejahteraan dan Kesihatan, Sukan dan Kecergasan, Agama dan Spiritualiti dan Pengantarabangsaan. Justeru, program-program Pembangunan Generasi Muda telah dilaksanakan berdasarkan teras-teras tersebut.