Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
163) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kemajuan semua PeBT di Selangor?
Kemajuan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di Selangor menunjukkan peningkatan yang lebih positif dalam menyumbangkan idea-idea untuk menggerakkan generasi muda dan juga dengan penglibatan mereka dalam program-program pembangunan generasi muda. Untuk makluman, bagi tahun 2016 sehingga 2017, PeBT dilantik di kalangan generasi muda yang berumur 30 tahun ke bawah yang amat sesuai dengan peredaran masa dan keperluan generasi muda pada masa kini.
Pada April yang lepas, Penggerak Belia Tempatan melalui Kerajaan Negeri dan Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor telah bekerjasama dengan Selangor Youth Community (SAY) di dalam satu program yang bernama “Say Ignite” yang merupakan sebuah inisiatif yang dinaungi oleh DYTMM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah Al Haj dan PeBT merupakan rakan strategik SAY dalam membangun generasi muda di peringkat akar umbi.
Di samping itu, PeBT juga bergerak aktif di setiap daerah Selangor dalam menyantuni generasi muda dan komuniti setempat untuk menguruskan sendiri bagi pelaksanaan program Kerajaan Negeri iaitu bagi penganjuran Pesta Sukan Gen-S yang dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan seterusnya Grand Final Pesta Sukan Gen-S 2017 di peringkat Negeri Selangor pada 21 Oktober 2017.
Program-program yang telah dijalankan di peringkat Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebagaimana berikut:
Bil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Program Jumlah (RM)
1. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 36 47,700.00 2. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 13 39,900.00 3. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 6 33,165.00 4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 15 67,000.00 5. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 16 30,320.00 6. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 13 30,917.20 7. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 10 23,707.00 8. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 57 86,033.25 9. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 31 94,440.00 10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 15 35,250.00 11 .
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 35 66,068.03 12. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 24 52,510.00 Jumlah Keseluruhan 271 545,325.48 -
Apakah perkara baru yang diperkenalkan oleh PeBT?
Selaras dengan hasrat YB EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, anatara sukan baru yang telah diperkenalkan oleh Penggerak Belia Tempatan (PeBT) pada tahun ini adalah mewujudkan semangat Kesukarelawan di kalangan generasi muda di setiap daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Inisiatif ini diperkenalkan oleh PeBT dengan kerjasama Inisiatif Kenegaraan dan Pemerkasaan Komuniti dan PBT. Untuk makluman, program kesukarelawan telah pun bermula dan antara program yang telah dijalankan adalah “Smart Tour Volunteer Team Selangor 2017”. Program ini berjaya mengumpulkan seramai 300 sukarelawan dan mereka bekerjasama bergotong royong membersihkan masjid, rumah kebajikan dan maahad tahfiz. Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa ke setiap daerah dan PBT dalam usaha untuk melahirkan semangat kesukarelawan di kalangan generasi muda.
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada setiap PeBT dari 2014-2016
Peruntukan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) masih dikekalkan sejak tahun 2014 sehingga kini. Setiap PeBT telah diperuntukkan sebanyak RM120,000.00 melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan program-pogram PeBT yang menjadikan keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM1,440,000.00.
Manakala untuk peruntukan elaun Penggerak Belia Tempatan (PeBT) adalah sebagaimana jadual berikut:-
Bil Perkara Peruntukan 1. Elaun Pengerusi Induk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) RM500.00 x 12 Pengerusi x 12 bulan =RM72,000.00
2. Elaun Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) RM400.00 x 23 orang x 12 PBT x 12 bulan =RM1,324,800.00
JUMLAH RM1,396,800.00 Sehubungan itu, jumlah keseluruhan Kerajaan Negeri memperuntukkan untuk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) setiap tahun adalah sebanyak RM2,836,800.00 setahun. Oleh itu, peruntukan untuk PeBT dalam tempoh dari 2014 sehingga 2016 adalah sebanyak RM8,510,400.00.