Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

152) JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kejayaan jabatan ini pada tahun 2016

    Antara kejayaan Jabatan ini pada tahun 2016 adalah seperti berikut:

    • Membangunkan usahawantani dan kelompok petani sebanyak 300 orang.
    • Menjana pengeluaran komoditi tanaman makanan sebanyak 55,600 metrik tan.
    • Menjana jumlah eksport produk hasilan pertanian kepada RM500 juta.
    • Menjana jumlah pengeluaran produk IAT sebanyak RM250 juta.
    • Melatih 40 belia tani melalui program inkubator.
  2. Senaraikan projek di bawah jabatan ini yang gagal dilaksanakan dan faktornya

    Tiada projek yang gagal dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Walau bagaimanapun terdapat beberapa projek seperti tanaman kelapa yang terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh masalah kekurangan benih.

  3. Nyatakan jumlah peruntukan kepada jabatan ini dari 2014-2016

    Jumlah peruntukan yang disalurkan dari 2014-2016 adalah seperti berikut:

    2014 – RM11.5 juta

    2015 – RM14 juta

    2016 – RM18 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.