Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

149) PROJEK PEMBANGUNAN BERSKALA BESAR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci kontraktor, tempoh perlaksanaan, kaedah pemberian dan nama projek milik Kerajaan Negeri yang bernilai melebihi RM5 juta pada tahun 2016 hingga kini.

    Pada tahun 2016 dan 2017, sebanyak 29 buah projek yang bernilai melebihi RM5 juta telah melalui proses perolehan dan pelantikan kontraktor yang ditampung melalui belanja pembangunan dan caruman parit. Ia melibatkan jumlah keseluruhan kos projek sebanyak RM973,581,981.94 seperti di jadual berikut;

    JABATAN BIL. PROJEK KOS PROJEK

    (RM)

    P01 – Pejabat MB dan SUK 4 582,184,184.37
    P12 – Jabatan Kerja Raya 5 179,395,127.33
    P13 – Jabatan Pengairan dan Saliran 14 130,584,842.38
    P14 – Jabatan Agama Islam Selangor 6 81,417,827.86
    JUMLAH 29 973,581,981.94

    Senarai terperinci kontraktor, tempoh pelaksanaan, kaedah pemberian dan nama projek adalah seperti di Lampiran A.

  2. Senaraikan projek Kerajaan Negeri yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan serta denda yang dikenakan kepada syarikat kontraktor

    Terdapat sembilan (9) buah projek Kerajaan Negeri yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan pada tahun 2016 hingga kini dan sejumlah RM2,049,376.00 Kadar Denda dan Ganti Rugi Ditetapkan (Liquidated Ascertained Damages, LAD) telah dikenakan terhadap kontraktor sehingga kini atas kelewatan pelaksanaan projek berkaitan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak lima (5) projek dilaksanakan oleh JKR yang mana tiga (3) projek di bawah JAIS dan dua (2) projek di bawah Jabatan Pertanian. Manakala sebanyak empat (4) projek di bawah JPS.

    Senarai terperinci bagi projek yang gagal disiapkan dan denda yang dikenakan mengikut jabatan adalah seperti di Lampiran B.

Lampiran

Tiada Lampiran.