Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
141) SUKAN SEA DAN SUKAN PARA ASEAN 2017
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan agensi-agensi kerajaan negeri yang terlibat sepanjang kejohanan ini
Berikut adalah agensi-agensi Kerajaan Negeri yang terlibat sepanjang kejohanan Sukan Sea ini:-
Bil. Sukan Venue Agensi Terlibat 1. Ragbi Stadium MBBJ, Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2. Kriket Kinrara Oval, Bandar Kinrara Puchong Persatuan Kriket Malaysia 3. Bola Sepak Stadium Shah Alam / Stadium Majlis Perbandaran Selayang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) / Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 4. Futsal Stadium Panasonic Shah Alam Perbadanan Stadium Negara -
Senaraikan gelanggang-gelanggang di bawah seliaan Kerajaan Negeri yang terlibat sepanjang kejohanan ini.
Senarai gelanggang-gelanggang di bawah seliaan Kerajaan Negeri yang terlibat adalah seperti di jawapan (a).
-
Berapakah kos yang terlibat bagi tujuan persiapan dan penganjuran kejohanan ini bagi gelanggang di bawah seliaan Kerajaan Negeri?
Persiapan penganjuran Sukan Sea ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri kerana ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan/Majlis Olimpik Malaysia.