Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

138) PROGRAM BOOT CAMP AKADEMIK

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses pemilihan peserta program ini dilakukan?

    Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Negeri Selangor 2017 berlandaskan konsep Membangun Bangsa Memakmur Negeri, telah melahirkan hasrat untuk membina satu sistem pendidikan sehingga pencapaian kerjaya bagi memastikan graduan di Selangor mempunyai kebolehpasaran dalam bidang pekerjaan.

    Dalam hal ini, program Boot Camp Akademik atau lebih dikenali sebagai Programme On Graduate Employability Enhancement For SMART Selangor (PROGRESS) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada Januari 2017 yang dilaksanakan oleh syarikat Irshad HR Consulting Sdn. Bhd. (IRSHAD) dengan kos program sebanyak RM4,991,964.00. Program ini merupakan sebuah projek perintis bertujuan menyediakan graduan terpilih dengan pengalaman dan kemahiran terutama soft skill untuk membantu kebolehpasaran graduan ini mendapat peluang pekerjaan dan Bahasa Inggeris merupakan medium bahasa yang diguna pakai sepanjang kursus tersebut.

    Program ini disertai seramai 300 graduan yang telah dipilih oleh pihak IRSHAD untuk dilatih dalam tempoh selama tujuh (7) bulan (1 bulan pembelajaran dalam kelas dan enam (6) bulan Internship Program). Kriteria pemilihan graduan adalah seperti berikut:

    • Warganegera Malaysia;
    • Lahir di Selangor;
    • Berumur di bawah 27 tahun;
    • Graduan Ijazah Sarjana Muda IPT dengan CGPA 2.0 ke atas; dan
    • Tidak bekerja sekurang-kurangnya empat (4) bulan dari tarikh tamat pengajian.
  2. Senaraikan program ini yang telah dijalankan sepanjang tahun 2017

    Secara keseluruhan, program PROGRESS ini dilaksanakan dalam tempoh masa 12 bulan (Januari 2017 sehingga Disember 2017) dengan perincian seperti berikut:

    BIL. PELAN PELAKSANAAN TEMPOH
    1. Pra-Pelaksanaan:

    I.        Merekabentuk Program;

    II.        Pemilihan Peserta; dan

       III.        Company Engagement

    3 bulan
    2. Fasa 1:

       I.    Group Live Projects;

      II.    Business English Enhancement, Facilitation and Upgrading Programmes;

    III.    Organisational and Job-Based Simulations;

    IV.    Guided Self Learning Assignments;

     V.    Industrial Studies; dan

    VI.    Spiritual Uplift Activities

     

    1 bulan
    3. Fasa 2:

    Internship Program

     

    6 bulan
    4. Penilaian Program:

    I.     Participants Tracking; dan

    II.     Penyediaan Laporan

    2 bulan
    JUMLAH 12 bulan

    Bagi pelaksanaan Fasa Satu, graduan terpilih akan menjalani kursus intensif/ pendek dalam tiga (3) pendekatan selama satu (1) bulan di dalam kelas (in-class training) iaitu:

    • Pendekatan 1 : Latihan formal di dalam kelas melalui Modul Latihan seperti berikut :-
    • Modul 1 : Building and Achieving Self Efficasy
    • Modul 2 : Project and Event Management
    • Modul 3 : Business English for Communication
    • Modul 4 : Exceeding Demand Gearing for Excellence
    • Modul 5 : Information Management and Analysis
    • Modul 6 : Problem Solving and Critical Thinking Skills
    • Modul 7 : Business Management and Appreciation
    • Modul 8 : Functional Skills Develoment
    • Fundamental for Halal Executive
    • Principles of Production and Quality
    • Principles of business Management

      Pendekatan 2 : Program Pengukuhan

    1. Aktiviti pemantapan Bahasa Inggeris (Business English Enhancement, Facilitation and Upgrading Programmes atau BEEF-UP)
    2. Projek berkumpulan (Group Live Project – PROGRESSIVE Society “We Care We Share”
    • Aktiviti Sukan
    1. Aktiviti kerohanian
    2. Pendekatan 3 : Tugasan Individu

    Latihan individu diberikan bagi setiap modul dengan bimbingan oleh pihak konsultan sebagai pengendali program.

  3. Adakah Kerajaan bercadang membuka program ini walaupun kepada belia bukan graduan?

    Kerajaan Negeri telah mewujudkan program Youth Enhancement Strategic (YES) bagi meningkatkan taraf kemahiran belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Objektif utama bagi program YES lepasan SPM ini ialah untuk meningkatkan kebolehpasaran belia Selangor dengan kehendak industri dan kumpulan sasar adalah belia yang memiliki latar belakang pendidikan kemahiran teknikal. Kerajaan Negeri telah menyediakan dana sebanyak RM2,508,000.00 bagi menjayakan program YES ini yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2015 melalui pihak Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC).

Lampiran

Tiada Lampiran.