Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

136) PROGRAM INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kemajuan program ini setakat ini?

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap golongan kanak-kanak yang berkeperluan khas menjalani kehidupan mereka. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah RM 3 juta untuk membantu institusi dan badan kebajikan yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan dan pelbagai jenis terapi seperti physiotherapy, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy.

    Sehingga pertengahan Julai 2017, terdapat lapan (8) buah organisasi EIP yang telah membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri dan peruntukan berkenaan sebanyak RM750,000.00  telah disalurkan kepada mereka bagi tujuan membantu dalam menampung kos-kos yang berkaitan dengan pelaksanaan program intervensi awal kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas.

  2. Senaraikan institusi dan badan kebajikan yang menerima peruntukan program ini.

    Senarai institusi dan badan kebajikan yang telah menerima sumbangan Program EIP adalah seperti berikut:-

    Bil Nama dan alamat institusi / badan kebajikan Amaun diterima
    1. Pusat Asuhan Kanak-kanak Autisme, Andra Uphill

    Taska Andra, No,1, Jalan SM3, Taman Salak Maju, 43900 Salak Tinggi, Selangor.

    RM50,000.00
    2. Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus Sdn. Bhd.

    Lot U-72-G & U-72-1, Jalan PJU 5/22, Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall, 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

     

    RM100,000.00
    3. Inisiatif Sokongan Autisme Nouri Berhad (InSaNi)

    No 30 Jalan SU 34, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves, Selangor

     

    RM100,000.00
    4. The National Autism Society Of Malaysia (NASOM)

    No. 5, Lorong Sepat 2, Taman Bertek Teluk Pulai, 41300 Klang, Selangor

     

    RM100,000.00
    5. The Olive Trees School (tOts)

    No. 1-1-01, D’Vida Commercial Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, Seksyen U8, 40150 Shah Alam, Selangor

     

    RM100,000.00
    6. Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang

    No. 17, Jalan Seksyen 2/14, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor

     

    RM100,000.00
    7. Persatuan Kebajikan Anak-anak Istimewa Selangor (ORKIDS)

    ORKIDS Office, No. 2, Jalan 22/57, SS1, Petaling Jaya, Selangor

     

    RM100,000.00
    8. Kiwanis Down Syndrome Foundation

    Lot 13490, Jalan Jenjarum, Off Jalan SS23/1, Taman SEA, 47400 Petaling Jaya, Selangor

     

    RM100,000.00
      JUMLAH RM750,000.00
  3. Adakah Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) dipertimbangkan untuk diperkasakan melalui program ini?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak memperuntukkan dana ini kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kerana pusat berkenaan telah menerima geran tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pelaksanaan program-program yang telah dirancang oleh pusat ini.

    Justeru itu, institusi atau badan kebajikan sedia ada yang melaksanakan program EIP di Selangor adalah digalakkan untuk membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri supaya aktiviti untuk memperkasakan program EIP dapat dilaksanakan agar dapat membantu kanak-kanak yang memerlukan terapi dan pendidikan khas seterusnya dapat memberi peluang kepada mereka untuk bermasyarakat serta menunjukkan kebolehan mereka tersendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.