Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
134) PELABURAN DAN PELUANG PEKERJAAN 2017
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah baharu pelaburan asing dan domestik mengikut daerah setakat ini
Senarai jumlah baharu pelaburan asing dan domestik mengikut daerah bagi tahun 2017 tidak dapat dinyatakan kerana sehingga kini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) masih belum mengumumkan statistik pelaburan yang terkini bagi tahun 2017.
-
Senaraikan jumlah peluang pekerjaan baharu mengikut daerah daripada pelaburan ini
Senarai jumlah peluang pekerjaan baharu mengikut daerah daripada aktiviti pelaburan bagi tahun 2017 juga tidak dapat dinyatakan.
-
Berapa peratus kadar pengangguran dapat diturunkan melalui peluang pekerjaan ini?
Peratus kadar pengangguran yang dapat diturunkan melalui peluang pekerjaan yang ditawarkan juga tidak dapat diukur pada masa ini.