Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
120) SKIM CERIA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan permohonan untuk skim ceria pangsapuri di Selangor semenjak ianya di laksanakan sehingga sekarang?
Sejak Skim CERIA mula dilaksana pada Disember tahun 2010 sehingga Jun 2017 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima sebanyak 538 permohonan daripada pangsapuri kos rendah dan sederhana untuk baik pulih harta bersama.
-
Sila nyatakan pangsapuri di Dun Batu Tiga yang telah memohon serta telah mendapat manfaat ni semenjak dilaksanakan
Senarai dan butiran pangsapuri di bawah DUN Batu Tiga yang telah memohon, menolak tawaran dan menerima manfaat bantuan Skim CERIA adalah seperti berikut:-
- Senarai Memohon dan Menerima Manfaat Skim CERIA
BIL NAMA PANGSAPURI PBT TAHUN JENIS KERJA KOS (RM)
1 Perbadanan Pengurusan Anggerik 21, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 6 Blok 216,684.80 2 Perbadanan Pengurusan Anggerik 46, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 3 Blok 113,718.00 3 Perbadanan Pengurusan Anggerik 6, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 8 Blok 324,934.00 4 Perbadanan Pengurusan Anggerik 52, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 5 Blok 186,850.00 5 Perbadanan Pengurusan Anggerik 16, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 5 Blok 226,400.90 6 Perbadanan Pengurusan Anggerik 44, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 3 Blok 124,300.00 7 Pangsapuri Seri Kayan, USJ 2 MPSJ 2013 4 Unit Tangki Air 67,800.00 8 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ MPSJ 2017 Tangki Menara 400,883.84 JUMLAH 1,661,571.54 ii- Senarai Memohon dan Menolak Tawaran Skim CERIA
BIL NAMA PANGSAPURI PBT TAHUN JENIS KERJA ANGGARAN KOS (RM)
1 Blok 6 – 9, Seksyen 19, Shah Alam MBSA 2012 Salur Paip Sanitari 83,150.00 2 Perbadanan Pengurusan Anggerik 23, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 4 Blok 152,500.00 3 Perbadanan Pengurusan Anggerik 40, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 1 Blok 89,200.00 4 Perbadanan Pengurusan Anggerik 26, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 4 Blok 126,000.00 5 Perbadanan Pengurusan Anggerik 34, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 3 Blok 205,100.00 6 Perbadanan Pengurusan Anggerik 36, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 5 Blok 322,200.00 7 Perbadanan Pengurusan Anggerik 2, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 4 Blok 118,750.00 8 Perbadanan Pengurusan Anggerik 48, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2012 Bumbung 2 Blok 89,450.00 9 Perbadanan Pengurusan Anggerik 36, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2015 Bumbung 1 Blok 97,000.00 10 Perbadanan Pengurusan Anggerik 12, Seksyen 24, Shah Alam MBSA 2016 Bumbung 3 Blok 343,500.00 11 Pangsapuri Taman Sri Rasau, Seksyen 16, Shah Alam MBSA 2016 Pagar 292,000.00 12 Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam MBSA 2016 5 Unit Lif 1,138,365.80 JUMLAH 3,057,215.80 -
Apakah punca-punca ianya tidak dapat dilaksanakan atau ditolak?
Antara punca-punca Skim Ceria tidak dapat dilaksanakan atau ditolak adalah kerana:-
- i- Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) yang tidak aktif.
- ii- Kurang mendapat kerjasama pemilik dan penduduk.
- iii- Kutipan caj penyenggaraan kurang dan di luar kemampuan JMB/MC sehingga menyebabkan jumlah 5% daripada kos baik pulih gagal dibayar untuk tujuan mula kerja.
- iv- Segelintir penduduk menentang baik pulih yang akan dilakukan kerana berkait dengan unsur-unsur politik.
- v- Penduduk inginkan subsidi penuh 100% bagi kos baik pulih kerana sudah terbiasa dengan situasi tidak membayar caj sejak dari dahulu.