Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

111) PENYELENGGARAAN SAMPAH KEBUN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sampah kebun (Garden Waste) yang dipungut dalam sehari/sebulan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ)?

    Secara purata, jumlah sampah kebun (Garden Waste) yang dipungut dalam tempoh sehari / sebulan di bawah seliaan MBSA, MBPJ, MPSJ, dan MPK sehingga bulan Mei 2017 adalah seperti berikut:-

    PBT JUMLAH PURATA KUTIPAN SAMPAH KEBUN

    SEHINGGA MEI 2017

     (TAN METRIK)

    SEBULAN SEHARI
    MBSA 18,066.04 TM 58.00 TM
    MBPJ 2,971.80 TM 99.00 TM
    MPSJ 13.62 TM 0.45 TM
    MPK 750.00 TM 30.00 TM

Lampiran

Tiada Lampiran.