Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

110) PENYELENGGARAAN LAMPU JALAN DALAM MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bil elektrik lampu-lampu jalan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk tempuh sebulan/setahun?

    Jumlah bil elektrik lampu-lampu jalan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang untuk tempoh sebulan/ setahun adalah seperti berikut:-

    Bulan Tahun 2016

    (RM)

    Tahun 2017

    (RM)

    Januari 521,275.05 623,376.79
    Februari 506,535.99 559,035.07
    Mac 534,662.20 509,008.19
    April 572,731.89 604,392.69
    Mei 530,063.80 583,576.27
    Jun 647,259.09 560,338.94
    Julai 509,996.89
    Ogos 572,297.79
    September 583,491.70
    Oktober 570,785.99
    November 566,507.88
    Disember 623,376.79
    Jumlah 6,738,985.06 3,439,727.95
  2. Berapakah jumlah lampu-lampu jalan yang terdapat di dalam seliaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengikut pecahan Dewan Negeri Selangor (DUN)?

    Jumlah lampu jalan di bawah penyelenggaraan Majlis Perbandaran Klang adalah sebanyak 19,357 unit. Berikut adalah pecahan mengikut DUN:-

    Jumlah Lampu Jalan Jenis Galvanised Mengikut Kawasan
     
    BIL KAWASAN JUMLAH FEEDER PILLAR JUMLAH LAMPU
    1 Meru 113 3164
    2 Kota Anggerik 3 170
    3 Batu 3 24 583
    4 Sungai Pinang 33 704
    5 Sementa 83 2370
    6 Kota Alam Shah 54 1693
    2 Selat Klang 14 392
    10 Pandamaran 39 1182
    8 Sri Andalas 60 1108
    9 Sri Muda 52 1777
    10 Pelabuhan Klang 172 6214
        647 19357

     

    *Nota : Jumlah lampu jalan di bawah selenggaraan Majlis sehingga 01 Januari 2017

Lampiran

Tiada Lampiran.