Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
106) SKIM HIJRAH BANTUAN MODAL PERNIAGAAN KECIL
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan peminjam dan nilai pinjaman yang telah melunaskan pinjaman?
Seramai 9,182 dengan jumlah RM112,982,000.00 peserta yang telah selesai membuat bayaran balik Hijrah Selangor.
-
Apakah tindakan bagi peminjam yang gagal melunaskan pinjaman mengikut jadual?
Pihak Hijrah Selangor telah mengambil langkah berikut kepada peserta yang gagal melunaskan pinjaman mengikut jadual.
- Memberikan surat amaran kepada peserta
- Program Task Force Bersepadu
- Mewujudkan Unit Call Centre di peringkat cawangan dan ibu pejabat
- Memberikan peringatan berkaitan tunggakan melalui Blast Message
Menyerahkan nama penunggak tegar yang telah tamat tempoh bayar balik kepada agen pengutip hutang yang dilantik
-
Berapakah nilai tertunggak pinjaman tidak berbayar?
Nilai tertunggak pinjaman tidak berbayar adalah sebanyak RM443,862.50.