Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
103) PENYELENGGARAAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah PPR yang telah mendapat peruntukan Kerajaan Selangor?
Untuk makluman Y.Berhormat, jumlah PPR di bawah pengurusan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) yang mendapat peruntukan Kerajaan Selangor adalah PPR Hicom, Shah Alam dan PPR Serendah di Hulu Selangor. Di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya adalah PPR Kota Damansara yang diberikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri.
-
Apakah status pemilikan bangunan PPR di bawah Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan?
Status pemilikan ketiga-tiga bangunan PPR tersebut adalah di bawah pengurusan oleh Kerajaan Negeri. Namun, pemilikan tanah bagi PPR Hicom, Shah Alam adalah di bawah Kerajaan Negeri dan PPR Kota Damansara di bawah pemilikan tanah oleh PKNS manakala PPR Serendah, Hulu Selangor adalah di bawah pemilikan tanah oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
-
Apakah bentuk keistimewaan di beri oleh Kerajaan Negeri bagi projek PPR ini?
Bentuk keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi projek PPR ini adalah kadar sewa bulanan adalah serendah RM124.00 sebulan kepada golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500.00 sebulan manakala pendapatan isi rumah di antara RM1,501.00 sehingga RM3,000.00 sebulan akan dikenakan bayaran sejumlah RM250.00 sebulan berbanding kadar sewaan bulanan di pasaran semasa bagi projek perumahan yang sama dengan kadar sekitar RM600.00 sehingga RM700.00 sebulan. Mereka juga tiada dikenakan apa-apa yuran penyelenggaraan bulanan dan kos tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri.