Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

102) KAKITANGAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR MASIH BERTARAF KONTRAK

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan kakitangan kontrak mengikut bahagian perkhidmatan?

    Bilangan kakitangan kontrak mengikut bahagian perkhidmatan seperti berikut:

    Bahagian perkhidmatan Bilangan
    Perkhidmatan guru 432 orang
    Perkhidmatan bukan guru 166 orang
    Guru Bahasa Arab 8 orang
    Guru Sandaran Tidak Terlatih 29 orang
    Jumlah keseluruhan 635 orang
  2. Berapakah dan bahagian manakah tempoh perkhidmatan kontrak yang terpaksa disambung semula?

    Seramai 635 kakitangan kontrak di semua bahagian dan sekolah-sekolah Agama JAIS. Tiada bahagian yang ditetapkan untuk penyambungan semula kontrak. Mana-mana kakitangan yang tamat tempoh kontrak boleh dilantik semula jika terdapat keperluan dan mempunyai implikasi kewangan yang mencukupi.

  3. Apakah keperluan pengambilan jawatan kontrak berdasarkan tugasan dan merujuk keupayaan perbelanjaan kewangan tahunan Jabatan?

    Keperluan pengambilan jawatan kontrak berdasarkan:

    • Bebanan tugas yang perlu ditanggung di Jabatan ini.
    • Penubuhan bahagian baru, iaitu Bahagian Pengurusan Halal yang mana bahagian tersebut tiada waran perjawatan tetap yang perlu diisi.
    • Penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) yang baharu.

    Peruntukkan kewangan mencukupi untuk menampung pembayaran kakitangan kontrak.

Lampiran

Tiada Lampiran.