Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
100) TEKNOLOGI PEMODENAN PERTANIAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jenis-jenis pertanian yang terdapat dalam Negeri Selangor
Jenis-jenis pertanian yang terdapat dalam Selangor:
- Pertanian secara teknologi fertigasi
- Pertanian secara berkelompok dan kluster seperti kluster buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan
- Pertanian perladangan bagi tanaman sawit dan getah
- Tanaman herba dan rempah ratus
- Florikultur dan tanaman hiasan
- Penternakan lebah madu dan kelulut
-
Senaraikan jenis-jenis pertanian yang boleh menaikkan imej Selangor. Kenapa?
Jenis-jenis pertanian yang boleh menaikkan imej Selangor:
- Pertanian menggunakan teknologi fertigasi. Sehingga kini terdapat 728 petani dengan keluasan 1,078 ha yang mengusahan tanaman secara fertigasi. Daripada jumlah itu, bilangan polibeg fertigasi bagi tanaman cili ialah 880,754 manakala rock melon 1,212,078. Buah rock melon dari Selangor mendapat harga yang baik di pasaran dan dieksport ke Singapura.
- Tanaman padi. Selangor merupakan pengeluar utama benih padi bagi negara. Selain itu, kualiti padi yang dikeluarkan di Selangor lebih baik dari negeri-negeri pengeluar yang lain. Sawah padi di Selangor kini turut menjadi sumber baharu agro perlancongan yang memberi nilai yang tinggi kepada imej Selangor.
- Hub bunga Sungai Buloh terkenal di seluruh negara dan menjadi pusat bekalan tanaman bungaan, hiasan dan landskap yang utama di Malaysia.
- Perikanan tangkapan yang merupakan sektor penyumbang sumber protein Selangor. Pada tahun 2016, jumlah pendaratan adalah sebanyak 93,505 tan dengan nilai RM 1.08 billion.
- Sektor akuakultur bagi memnuhi keperluan ikan domestik dan eksport. Pada tahun 2016, jumlah pengeluaran kira-kira 15,771 tan dengan nilai RM 85.07 juta.
- Santuari ikan kelah Sungai Chilling merupakan santuari bagi pemuliharaan spesis ikan kelah yang kini menjadi satu tarikan bagi tujuan rekreasi.
-
Huraikan bagaimana pertanian Selangor boleh membantu mengurangkan kadar pengangguran dan apakah langkah-langkah proaktif yang diambil untuk masa akan datang?
Antara langkah-langkah yang boleh mengurangkan kadar pengangguran dan langkah proaktif di masa hadapan bagi pertanian Selangor:
- Pembangunan tanah-tanah terbiar untuk diusahakan sebagai kawasan pertanian.
- Latihan kepada belia tani bagi teknologi-teknologi pertanian moden melalui progem Agrogems.
- Insentif dan bantuan input pertanian, khidmat nasihat dan kepakaran bagi meningkatkan pengeluaran.