Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

99) PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana prosedur untuk membangunkan tanah kerajaan untuk pembinaan rumah Type A (Rumah Selangorku)?

    Bagi Tanah Kerajaan yang berpotensi untuk pembinaan rumah Type A (Rumah Selangorku), Pihak Berkuasa Negeri melupuskan tanah ini kepada Anak Syarikat Kerajaan Negeri sebagai contoh MBI dan PKNS dengan dikenakan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak LPHS melalui pemakaian Pekeliling LPHS bil. 1/2015.

  2. Huraikan bagaimana proses tersebut dari permulaan hingga ianya dapat dilaksakan.

    Proses pelupusan Tanah Kerajaan ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara di mana Anak Syarikat Kerajaan Negeri perlu mengisi Borang Jadual 1 dan ulasan dari jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan untuk diangkat ke MMKN.

  3. Berapakah keluasan minimum yang diperlukan? Memandangkan ramai yang tidak memiliki rumah di DUN Lembah Jaya dan terdapat dua (2) bidang tanah kerajaan di kawasan ini.

    Dasar Rumah Selangorku telah menetapkan syarat penyediaan Rumah Mampu Milik diantara 20% hingga 50% daripada unit perumahan yang dibina dalam sesuatu pembangunan berdasarkan kepada kawasan pembangunan yang telah ditetapkan sama ada terletak dalam Zon 1,  Zon 2 ataupun Zon 3. Keluasan bagi pengenaan syarat penyediaan Rumah Selangorku adalah ke atas pembangunan perumahan yang melebihi 5 ekar bagi kawasan Zon 1 Kawasan Bandar Utama) dan Zon 2 (Kawasan Pinggiran Bandar). Manakala bagi Zon 3 (Kawasan Luar Bandar) adalah tertakluk kepada keluasan pembangunan perumahan melebihi 10 ekar.

    Walau bagaimanapun, memandangkan terdapat kekangan terhadap kedapatan tanah bagi tujuan pembangunan/ hampir tepu di kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), kawasan pembangunan yang melebihi 2 ekar turut dikenakan keperluan penyediaan 20% Rumah Selangorku. Perincian keperluan penyediaan Rumah Selangorku mengikut Zon adalah seperti Lampiran 1:

    Sehingga Jun 2017, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan sebanyak empat (4) Projek Rumah Selangorku dengan keseluruhan sebanyak 1,191 unit di kawasan MPAJ yang telah dan akan diaksanakan oleh pemaju swasta. Perinciannya adalah seperti berikut:

    Bil. Nama Projek Lokasi Projek Bilangan Unit (Jenis)
    1. Twin Ridge Sdn Bhd. Mukim Hulu Klang A = 50 unit

    B = 202 unit

    C = 2 unit

    D = 9 unit

    271 unit

    2. Sanjung Segar Dev. Sdn. Bhd. Mukim Hulu Klang D = 60 unit
    3. Kismaja Sdn. Bhd. Mukim Hulu Klang D = 60 unit
    4. Mewah Amanjaya Sdn. Bhd. Mukim Ampang D = 800 unit
    JUMLAH 1,191 unit

    Berkenaan dengan cadangan pembangunan Rumah Selangorku di atas dua (2) tapak tanah Kerajaan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan mengkaji perkara tersebut bagi melihat kesesuaian tapak dan keberlaksanaan projek tersebut sekiranya perincian tapak-tapak cadangan dinyatakan perinciannya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.