Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

65) PROJEK PEMBINAAN SELAYANG STARCITY MALL

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Projek Selayang StarCity Mall telah berhenti melebihi setahun. Apakah rancangan Pihak Berkuasa Negeri untuk memastikan projek tersebut tidak akan terbengkalai?

    Berdasarkan kepada semakan dengan pemaju, projek tersebut tidak terbengkalai. Pihak pemaju sedang dalam proses melantik kontraktor baru untuk menyiapkan projek tersebut.

  2. Adakah Pemaju yang sama mempunyai projek pembangunan yang lain dalam Negeri Selangor?

    MPS tiada maklumat berkaitan projek lain oleh pemaju.

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menyenaraihitamkan pemaju Selayang StarCity Mall sekiranya projek Selayang StarCity Mall dibukti terbengkalai?

    Jawapan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.