Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

64) PROJEK PELUASAN CULVERT-CULVERT DI LORONG CHINNIAH DAN JALAN RAJA LUMU DI PERSIMPANGAN LEBOH PENDAMAR OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Walaupun UPEN telah meluluskan perbelanjaan projek tersebut, kerja masih belum dimulakan sehingga kini. Apakah sebab kelewatan tersebut?

    Majlis Perbandaran Klang masih belum mendapat kelulusan perbelanjaan projek tersebut dari pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN). Permohonan tersebut masih dalam proses semakan oleh UPEN.

  2. Bila kerja akan dapat dimulakan di tapak?

    Pihak majlis akan melaksanakan kerja tersebut setelah mendapat peruntukan daripada UPEN.

  3. Berapa lama projek tersebut akan dapat disempurnakan?

    Anggaran jangka masa projek tersebut adalah selama 24 minggu.

Lampiran

Tiada Lampiran.