Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
62) TAPAK RIZAB TEMPAT BERIBADAT ISLAM DAN TEMPAT BERIBADAT SELAIN DARIPADA ISLAM
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan pelan terkini mengikut daerah serta maklumat lokaliti tepat tapak rizab tempat beribadat Islam dan tempat beribadat selain daripada Islam di Selangor
Pada masa ini, terdapat sebanyak 418 buah masjid dan 2,059 buah surau di Negeri Selangor yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Manakala bagi rumah ibadat selain Islam (RISI), terdapat sebanyak 795 buah termasuk tokong, kuil, gereja dan gudwara yang berdaftar dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sementara itu, sebanyak 1,043 buah rumah ibadat selain Islam yang berstatus tidak berdaftar. Berikut adalah ringkasan rumah ibadat Islam dan rumah ibadat selain Islam mengikut daerah yang berdaftar dan tidak berdaftar di Negeri Selangor seperti di jadual berikut :
Ringkasan Rumah Ibadat Islam
BIL DAERAH PBT RUMAH IBADAT ISLAM BERDAFTAR RUMAH IBADAT ISLAM TIDAK BERDAFTAR MASJID SURAU JUMLAH MASJID SURAU JUMLAH 1. PETALING MBSA 85 410 495 0 0 0 MBPJ MPSJ 2. HULU LANGAT MPKJ 51 406 457 0 0 0 MPAJ 3. GOMBAK MPS 44 232 276 0 0 0 4. KLANG MPK 48 247 295 0 0 0 5. SEPANG MPSP 26 100 126 0 0 0 6. KUALA S’GOR MDKS 58 160 218 0 0 0 7. SABAK BERNAM MDSB 48 219 267 0 0 0 8. KUALA LANGAT MDKL 33 137 170 0 0 0 9. HULU S’GOR MDHS 25 148 173 0 0 0 JUMLAH 418 2,059 2,477 0 0 0 *Sumber maklumat daripada Jabatan Agama Islam Selangor
Ringkasan Rumah Ibadat Selain Islam
BIL PBT RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM BERDAFTAR JUMLAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM TIDAK BERDAFTAR JUMLAH TOKONG KUIL GEREJA TOKONG KUIL GEREJA 1. MBSA 9 21 5 35 13 39 6 58 2. MBPJ 9 9 15 33 36 43 21 100 3. MPSJ 9 22 5 36 58 48 25 131 4. MPKJ 68 64 10 142 0 0 0 0 5. MPS 8 13 4 25 7 12 0 19 6. MPK 297 167 13 477 0 0 0 0 7. MPAJ 3 4 2 9 433 37 27 497 8. MPSP 6 1 1 8 2 17 0 19 9. MDKS 2 1 2 5 24 40 5 69 10. MDSB 0 0 0 0 47 5 1 53 11. MDKL 1 1 2 4 31 57 9 97 12. MDHS 10 9 2 21 0 0 0 0 JUMLAH 421 311 59 795 651 298 94 1,043 *Sumber Maklumat daripada Pihak Berkuasa Tempatan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor supaya memastikan terdapat tapak yang mencukupi untuk tempat beribadat Islam dan tempat beribadat selain Islam?
Kerajaan Negeri sentiasa memantau keperluan tapak beribadat Islam dan selain Islam agar sentiasa mencukupi dan memenuhi keperluan rohani masyarakat. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta menggunapakai dan menguatkuasakan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang sedang berkuatkuasa kepada semua permohonan pembangunan baru untuk penyediaan tapak-tapak kegunaan awam termasuk tapak beribadat Islam dan selain Islam.