Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

55) KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENAIKTARAF KEMUDAHAN AWAM TAMAN DAN PADANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan laporan kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf kemudahan awam taman atau padang di DUN Teratai dalam tempoh Mei 2013- Jun 2017

    Kos perbelanjaan membaiki dan menaiktaraf kemudahan awam taman dan padang di DUN Teratai adalah seperti berikut:

    TAHUN PEMBAIKAN MENAIKTARAF
    2014 RM100,290.00 RM525,000.00
    2015 RM189,976.15 RM65,000.00
    2016 RM248,575.00 RM218,800.00
    2017 (Setakat Jun) RM77,400.00 0
    Jumlah RM616,241.15 RM808,800.00
  2. Sila kemukakan senarai lokaliti padang atau taman di DUN Teratai yang masih belum dilengkapi dengan kemudahan permainan atau senaman sehingga masa kini

    Berikut adalah lokasi yang tiada kemudahan permainan atau senaman di DUN Teratai:

    BIL LOKASI KEMUDAHAN
    1 Jalan 19 off Jalan 22, Taman Putra Gelanggang
    2 Jalan 31, Taman Putra Gelanggang
    3 Jalan Kencana 18, Taman Kencana Futsal
    4 Jalan Kencana 33/2, Taman Kencana Futsal
    5 Jalan Bunga Cempaka 16, Taman Muda Gelanggang
    6 Jalan Mega 15, Taman Mega Jaya Gelanggang
    7 Jalan Bunga Melati 14, Taman Seraya Gelanggang
    8 Jalan Bunga Tanjung 2, Taman Muda Gelanggang
    9 Jalan Bunga Kemboja 8, Taman Muda Gelanggang
    10 Jalan Indah 20, Taman Cheras Indah Gelanggang
    11 Jalan Indah 10, Taman Cheras Indah Gelanggang

Lampiran

Tiada Lampiran.