Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

49) CARUMAN INFRASTRUKTUR SOSIAL

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah Caruman Infrastruktur Sosial yang dikutip pada tahun 2016 mengikut daerah

    Pada tahun 2016, sejumlah RM9,000.00 caruman yang telah dikutip oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang manakala tiada caruman dikutip daripada Pejabat Daerah yang lain selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 4/2007 – Pengenaan Caruman Infrastruktur Sosial Bagi Pembangunan Melebihi 1 hingga 10 Ekar Dalam Negeri Selangor yang mula berkuat kuasa mulai 30 Mei 2007.

  2. Nyatakan projek-projek Amanah Infrastruktur Sosial yang dilakukan pada tahun 2016 mengikut daerah.

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Akaun Amanah Infrastruktur Sosial telah meluluskan sebanyak 33 buah projek infrastruktur sosial pada tahun 2016 melibatkan peruntukan berjumlah RM4,202,205.88 kepada lapan (8) buah jabatan dengan ringkasan seperti jadual berikut:

    Bil Daerah Jabatan Bil Projek Jumlah (RM)
    1 Petaling Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 1       186,560.00
    2 Hulu Langat Pejabat Daerah Hulu Langat (PDHL) 3 1,622,564.99
    3 Kuala Langat Pejabat Daerah Kuala Langat (PDKL) 6 164,273.20
    4 Klang Pejabat Daerah Klang (PDK) 13 431,541.13
    Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2 634,756.00
    5 Gombak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2 598,901.84
    Majlis Perbandaran Selayang 1       448,921.82
    6 Sabak Bernam Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 5 114,686.90
    JUMLAH 33 4,202,205.88

    Perincian pelaksanaan projek-projek Amanah Infrastruktur Sosial yang dilakukan pada tahun 2016 oleh Pejabat Daerah/Tanah adalah seperti di Lampiran A manakala, yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di Lampiran B.

Lampiran

Tiada Lampiran.